We have subsidised RM31.50 for the wound treatment of Banny Pei-Pei, an abandoned pet-dog in Ipoh. This subsidy comes from all donors through our Medical Fund (RM11.50) and Berjaya Cares (RM20).
From: Lee Chew Keang
Date: 2013/7/22
Subject: Memohon medical subsidi untuk Banny (Pei Pei)
To: “chankahyein@gmail.com” <chankahyein@gmail.com>Kah Yein, Saya ingin memohon medical subsidi untuk seekor anjing buangan orang. Pei Pei dan Moon Moon adalah dua ekor anjing yang tuannya telah tinggalkan mereka balik ke negeri Cina, mereka bersembunyi di dalam sebuah kandang lama waktu siang, dan waktu malam keluar untuk mencari makanan dan selalunya selepas kerja, saya akan pergi ke tempat mereka bagi makanan(dibeli dari kantin) dan minuman kepada mereka.Moon Moon pernah meminta bantuan medical subsidi animal care kerana termakan bahan kimia baja, dan keadaannya sudah pulih,terima kasih kepada animal care kerana telah menolong saya menyelamatkan nyawanya.Pada hari Khamis malam, setelah habis kerja, saya pergi mencari mereka berdua, didapati Pei Pei berjalan tidak normal dan sambil menjerit kesakitan, mungkin kaki depannya dipukul orang, dan Hari Jumaat pagi, saya bawa dia pergi berjumpa doktor, doktor kata kaki depan bengkak dan setelah memberi suntikan kepadanya saya pun bawa dia balik.Hari Jumaat malam, selepas kerja saya pergi mencari mereka, Pei Pei sangat gembira, berjalan-jalan dan berlari-lari keliling saya, tetapi pada hari Sabtu pagi, saya pergi tempat mereka saya dapati kaki depan Pei-Pei sangat bengkak dan kaki depan yang sakit itu telah naik ke atas. Kali ini doktor kata kena ambil x ray tengok tulangnya, kerana doktor takut tulang jarinya patah, setelah dua setengah jam di klinik, keputusan x ray didapati tulangnya tidak patah, tetapi ada bahagian putih-putih , doktor kata ada kemungkinan besar bakteria infection, dan diberi ubat antibiotik untuknya makan. (Resit ke 2 akan saya kirimkan pada hari Isnin)








