We have fully sponsored RM80 for the spaying of this cat.
From: mz_ lilin
Date: 2012/12/19
Subject: PERLUKAN BANTUAN SUBSIDI PEMANDULAN
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>Salam Sejahtera,Saya memerlukan bantuan subsidi pemandulan bagi seekor kucing betina yang di jumpai di jalanan.Kami menjumpai MeiMei yg sedang menyorok akibat sedang diganggu oleh 2 ekor anjing liar. Selepas kami cuba menghalau anjing tersebut kami memujuk dan membawa MeiMei balik ke rumah kami dan didapati MeiMei sedang mengandung. Kami membuat keputusan menjaga Meimei sehingga beranak. Dan pada 29 September 2012 MeiMei berjaya melahirkan 3 ekor anak. Kini usia anak-anak Meimei telah mencapai hampir 3 bulan. Mereka telah mula memakan makanan basah dan susu khas utk kitten. Kami telah membawa Meimei ke klinik Haiwan bagi membuat proses pemandulan keatasnya bg mengawal pembiakan seterusnya. Kami akan terus menjaga Meimei dan anak-anaknya. Bantuan ini diperlukan bg meneruskan kebajikan untuk kucing jalanan yang dibawah jagaan kami. Memandangkan kewangan kami tidak mencukupi kami berharap pihak Doktor dapat membantu kami. Di sini kami sertakan foto-foto yang berkaitan bagi rujukan.Sekian, Terima Kasih.MAIZATULSIMA BINTI MOHAMAD




