Neutering Aid

Providing aid since 31st May 2009. Memberi bantuan semenjak 31hb Mei 2009.
This page was updated on 22nd May 2024. Laman ini dikemaskini pada 22hb Mei 2024. 
Contact (Hubungi): Dr Chan Kah Yein at chankahyein@gmail.com or animalcare.my@gmail.com.

We only communicate in English and Bahasa Malaysia.  
Kami hanya berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

We offer a Neutering Aid Package which comes with our Vaccination Aid and Medical Aid for newly-rescued street animals who will be cared for on a long-term basis.
Kami menawarkan Pakej Bantuan Pemandulan yang disertakan dengan Bantuan Vaksinasi dan Bantuan Perubatan  untuk haiwan jalanan yang baru diselamatkan yang akan dijaga untuk jangka panjang.

Our aid is prioritised for outdoor street animals, but we understand that some outdoor environments may not be suitable to release the animals back to and other arrangements would have to be made for them.
Bantuan kami diutamakan untuk haiwan jalanan luar, tetapi kami faham sesetengah persekitaran luar mungkin tidak sesuai untuk melepaskan haiwan itu semula dan pertimbangan lain perlu dibuat untuk mereka.

To apply for our aid, please get the procedure done and pay first, then only claim. Claim approval and amount is subject to compliance to all the stated policies and fund availability.
Untuk memohon bantuan kami, sila selesaikan prosedur dan bayar dahulu, kemudian baru tuntut. Kelulusan dan jumlah tuntutan adalah tertakluk kepada pematuhan kepada semua polisi yang tertera serta ketersediaan dana.

We reserve the right and sole discretion to reject receipts from certain clinics. So please check with us before you send your animal to a clinic if you intend to apply for our aid. 
Kami mempunyai hak mutlak untuk menolak resit daripada klinik tertentu. Oleh itu, sila semak dengan kami sebelum anda menghantar haiwan anda ke mana-mana klinik jika anda berhasrat untuk memohon bantuan daripada kami.

All procedures must be done by a registered vet at a clinic in accordance with the Veterinary Surgeons Act 1974.
Semua prosedur mesti dilakukan oleh doktor haiwan berdaftar di klinik mengikut Veterinary Surgeons Act 1974

We value honesty, sincerity and courtesy.
Kami menghargai kejujuran, keikhlasan dan kesopanan.

Our primary objective is to help individual CNRM street animal caregivers who do small-scale rescue work or those who are just starting out. We urge those who are doing large-scale work to seek other sources to sustain their work as our funds are only for One-Street CNRM.
Objektif utama kami adalah untuk membantu penjaga haiwan jalanan CNRM individu yang membuat kerja penyelamatan berskala kecil atau mereka yang baru bermula. Kami menggesa mereka yang melakukan kerja berskala besar untuk mencari sumber lain bagi mengekalkan kerja penyelamatan mereka kerana dana kami adalah hanya untuk One-Street CNRM.

CNRM means you continue looking after the neutered animals yourself for life (not assign someone else to do it or just release them without taking care of them anymore). 
CNRM bermaksud anda sendiri akan menjaga haiwan yang dimandulkan untuk seumur hidup (bukan menyuruh orang lain menjaga atau hanya lepaskan sahaja tanpa terus menjaga mereka). 

We reserve the sole discretion to offer an extraordinary provision of this Neutering Aid in special circumstances if the need arises.
K
ami mempunyai budi bicara mutlak untuk menawarkan peruntukan luar biasa Bantuan Pemandulan ini untuk keadaan khas jika perlu.

We are not a clinic and do not provide any medical services. Please use your own vet.
Kami bukan klinik dan tidak menyediakan sebarang khimat perubatan. Sila gunakan doktor haiwan anda sendiri. 

To apply for our neutering aid, ALL animals must be ear-notched. 
Untuk memohon bantuan pemandulan kami, SEMUA haiwan mesti ditakuk (snip) telinga. 

Please provide your long-term plan for caring for the animals after neutering. 
Sila nyatakan rancangan jangka panjang untuk penjagaan haiwan-haiwan ini selepas dimandulkan.  

Please do NOT apply if a female animal is found to be pregnant
Sila jangan mohon kalau haiwan betina didapati mengandung.

Besides our Neutering Aid, we also offer the following aid:
Selain Bantuan Pemandulan, kami juga menawarkan bantuan yang berikut:

Vaccination Aid – We strongly encourage you to get your street animals vaccinated as well. Please ask your vet if the vaccination can be done after the animal recovers from the neutering procedure before discharge.
Bantuan Vaksinasi – Kami amat menggalakkan anda untuk mendapatkan vaksinasi untuk haiwan jalanan anda. Sila tanya doktor haiwan sekiranya vaksinasi boleh diberikan selepas haiwan sembuh daripada prosedur pemandulan sebelum discaj. 

Medical Aid – If a medical issue is identified during the rescue for neutering or during the neutering procedure and needs to be treated, you may also apply for this provided you look after the animal yourself. This aid can only be applied concurrently with the neutering aid for the same animal when newly rescued.
Bantuan Perubatan – Sekiranya sesuatu isu perubatan dikenalpasti semasa haiwan diselamatkan untuk pemandulan atau semasa prosedur pemandulan dan perlu dirawati, anda boleh mohon untuk bantuan ini dengan syarat anda sendiri menjaga haiwan tersebut. Bantuan ini hanya boleh dimohon serentak dengan bantuan pemandulan bagi haiwan yang sama apabila haiwan tersebut baru diselamatkan.  

PROJECT-BASED APPLICATION FOR A COLONY
PERMOHOHAN BERDASARKAN PROJEK UNTUK SESUATU KOLONI

If you are managing a colony, please provide full details (general location, number of animals to be neutered, gender, etc.) and photographs of the animals in the colony, as proof, by email to  chankahyein@gmail.com or animalcare.my@gmail.com. We expect you to continue caring for these animals after they have been neutered, on a long term or lifetime basis.  
Sekiranya anda sedang menjaga sebuah koloni, sila berikan maklumat terperinci (lokasi umum, bilangan haiwan yang perlu dimandulkan, jantina, dsb.) serta gambar haiwan-haiwan ini dalam koloni, sebagai bukti melalui emel kepada animalcare.my@gmail.com atau chankahyein@gmail.com. Anda harus terus menjaga haiwan-haiwan ini selepas dimandulkan, untuk jangka panjang atau sepanjang hayat.  

LONG-TERM CARE FOR ALL NEUTERED ANIMALS
PENJAGAAN JANGKA-PANJANG UNTUK SEMUA HAIWAN YANG DIMANDULKAN

Each time you reapply for a new animal, we need health updates and LATEST photos of ALL the previously-claimed animals. Do not use old photos. If an animal is adopted, please take a “last photo” before handing over the animal to the adopter. If an animal has passed away, please let us know the cause of death, if possible. Please keep proper records.
Setiap kali anda mohon untuk haiwan baru, kami perlukan berita kemaskini tentang kesihatan serta gambar TERKINI SEMUA haiwan yang pernah dimohon dahulu. Jangan gunakan gambar lama. Sekiranya haiwan di”adopt”, sila ambil satu “gambar terakhir” sebelum haiwan tersebut dihantar kepada tuan baru. Sekiranya haiwan telah meninggal, sila beritahu punca kematian, jika boleh. Sila simpan rekod tersusun. 

We strongly urge you to do within your means so that you can take good care of all the animals.
Kami menggesa anda melakukan setakat yang boleh supaya semua haiwan boleh dijaga dengan baik.  

Who can apply:
Siapa yang layak memohon:

Independent One-Street CNRM caregivers of street animals in Malaysia who work alone, are not members of any animal welfare organision and who are personally paying to neuter street animals that they care for and would appreciate some aid to lessen their burden. You must also have a long-term caring plan for these animals.  
Penjaga haiwan jalanan perseorangan One-Street CNRM di Malaysia yang bukan ahli sebarang pertubuhan kebajikan haiwan, yang menanggung perbelanjaan pemandulan haiwan jalanan dengan wang sendiri serta dan memerlukan bantuan. Anda juga perlu ada rancangan penjagaan jangka panjang untuk haiwan-haiwan ini.  

Please ensure you have a Malaysian bank account in your name.
Pemohon mesti mempunyai akaun bank di Malaysia atas nama pemohon.  

Who should not apply:
Siapa yang tidak harus memohon:

  1. Anyone who has spayed a pregnant animal (please do not apply for this animal).
    Sesiapa yang telah memandulkan haiwan mengandung (sila jangan mohon untuk haiwan ini). 
  2. Animal welfare groups, organisations and shelters and their members or any parties which may have a conflict of interest involved.
    Pasukan penjaga haiwan, pertubuhan kebajikan haiwan dan pusat jagaan haiwan serta ahli-ahli mereka atau sesiapa yang mempunyai konflik kepentingan tertentu. 
  3. Animal caregivers who are more than capable of raising or sourcing their own funds, who are already funded by other sources, or are working with other individuals to help street animals. If you believe you have a strong case, please provide us with the full names and details of those whom you are working with.
    Penjaga haiwan yang berkebolehan mendapatkan dana mereka sendiri, yang sudah pun dibiayai oleh pihak lain, atau yang bekerjasama dengan individu lain dalam usaha membantu haiwan jalanan. Sekiranya anda percaya anda ada kes yang layak, sila berikan nama penuh dan butiran sesiapa yang membantu anda.  
  4. Those who only trap, neuter and release without managing the animals on a lifetime basis (feeding, caring for their health, monitoring the colony environment, etc) . 
    Mereka yang hanya tangkap, mandulkan dan lepaskan tanpa terus menjaga untuk sepanjang hayat (memberi makanan, menjaga kesihatan haiwan, memantau keadaan lokasi, dsb).
  5. Those who neuter with the aim of sending the animals to a shelter.
    Mereka yang mandulkan dengan tujuan menghantar haiwan ke pusat jagaan haiwan.
  6. Those who apply as a third party for others. Mereka yang memohon sebagai pihak ketiga bagi orang lain. 

Each application will be carefully considered and processed only upon receipt of full documentation. Depending on the availability of funds, the amount awarded may vary from time to time, in which case we reserve the right to make these changes without explanation or prior notice. We also reserve the full and absolute discretion to reject applications that do not meet our internal checks and requirements. Please review our policies regularly to keep yourself informed.
Setiap permohonan akan dipertimbangkan dengan cermat dan diproses hanya jika dokumentasi penuh diterima. Amaun yang kami bayar bergantung kepada dana yang kami ada, dan amaun ini mungkin berubah dari masa ke semasa. Kami berhak membuat sebarang perubahan tanpa memberi sebab atau notis terlebih dahulu. Kami juga mempunyai hak penuh dan mutlak untuk menolak sebarang permohonan. Sila semak polisi kami dengan kerap untuk mengetahui sebarang perubahan.  

We ask that you abide by all our policy requirements and liaise with us in the spirit of full disclosure so that we may establish a relationship of trust, honesty and goodwill which goes a long way. This also protects the credibility of animal charity.
Kami meminta agar anda mematuhi segala keperluan polisi serta memberikan maklumat yang lengkap dan benar agar kami boleh menjalin perhubungan jangka panjang yang berasaskan kepercayaan, kejujuran dan keikhlasan.  Adalah menjadi tanggung jawab kita bersama untuk memelihara nama baik kegiatan kebajikan haiwan.  

We require you to provide your FULL NAME in your application according to your NRIC and bank account. As we depend on publicity to educate the public on what we do and to attract more funding, please understand that by applying to us for aid, you are also agreeing to have your full name and other details published in our blogposts in any form and according to our discretion for the purpose of education, transparency and accountability of funds provided.
Sila nyatakan NAMA PENUH anda (mengikut KP dan akaun bank) di dalam borang permohonan. Oleh sebab kami bergantung kepada publisiti untuk memaklumkan kepada khalayak ramai apa yang kami usahakan dan juga untuk mendapatkan dana, bila anda memohon, ia bermakna anda bersetuju bahawa nama penuh dan butiran-butiran lain akan dipaparkan di dalam paparan blog kami dalam sebarang cara yang sesuai untuk tujuan pendidikan serta kebertanggungjawaban pemberian dana.  

Contact: animalcare.my@gmail.com or chankahyein@gmail.com. If you do not receive a reply within 48 hours, kindly resend your request.
Hubungi: animalcare.my@gmail.com atau 
chankahyein@gmail.com. Sekiranya tiada respons dalam 48 jam, sila hantar permohonan anda sekali lagi.

Our maximum aid for NEUTERING:
RM150 per cat; RM200 per dog (subject to availability of funds).
If your vet’s rates are lower than our aid, we will pay the lower one.
We do not cover boarding charges.
The maximum claimable amount per week is 3 animals per applicant. Every applicant is also subject to a maximum total amount claimable through our Neutering, Vaccination and Medical Aid.

Bantuan maksimum pemandulan:
Kucing RM150, Anjing RM200 (tertakluk kepada dana yang sedia ada).
Sekiranya bayaran doktor anda adalah lebih rendah, kami akan membayar yang lebih rendah.
Kami tidak menanggung kos “boarding”.
Bantuan maksimum yang boleh dimohon oleh setiap pemohon ialah 3 haiwan seminggu. Setiap pemohon adalah tertakluk kepada suatu jumlah maksimum yang boleh dimohon daripada Bantuan Pemandulan, Vaksinasi dan Perubatan.

If you have an urgency to stabilise a colony (claim more than 3 animals per week), please see this special provision.
Sekiranya anda perlu menstabilkan sesuatu koloni dengan cepat (mohon melebihi 3 haiwan seminggu), sila baca peruntukan khas ini. 

The form can be filled up here:
Borang boleh diisi di sini:
AnimalCare NEUTERING AID form

Failure to abide by any of our requirements may result in the rejection of your application.  
Kegagalan mematuhi mana-mana syarat boleh mengakibatkan penolakan permohonan anda.  

How to apply for the Neutering Aid:
Cara memohon untuk Bantuan Pemandulan:

Checklist:
Semakan:

1. You need a long-term caring plan for the animal(s).
    Anda perlukan rancangan penjagaan jangka-panjang untuk haiwan(-haiwan) ini. 

2. You need to prepare the complete photo collage for the application. This includes photos of before, after-with surgical scar, after-awakened and close-up of the ear-notch. Only in jpeg format.
     Anda perlu sediakan kolaj gambar yang lengkap untuk permohonan semasa. Ini termasuk gambar sebelum, selepas-parut pembedahan, selepas-terjaga(bangun) dan takuk telinga. Hanya dalam format jpeg. 

3. You need to prepare updates and latest photos of all previously-claimed animals. Do not reuse old photos. If any has been adopted, please provide the last photo before adoption (please keep proper records). If passed on, please state cause of death.
     Anda perlu sediakan berita dan gambar terkini semua haiwan yang pernah dimohon dahulu. Jangan gunakan gambar lama. Jika mana-mana sudah di”adopt”, sediakan gambar terakhir sebelum dihantar ke tuan baru (sila simpan rekod tersusun). Sekiranya sudah meninggal, sila nyatakan punca kematian. 
4. Please ensure your receipt meets our requirements – issued to your full name, fully itemised, signed and stamped by vet.
     Pastikan resit memenuhi syarat – atas nama penuh anda, dengan butiran terperinci, ditandatangani dan diletakkan cop rasmi oleh doktor.
5. Fill up and submit the form no later than 2 weeks from the date on the receipt.
Isi dan hantar borang tidak melebihi 2 minggu daripada tarikh atas resit.
6. Send email acknowledgement to animalcare.my@gmail.com or chankahyein@gmail.com after aid has been received.
     Kirim emel pengakuan penerimaan bantuan kepada animalcare.my@gmail.com atau chankahyein@gmail.com setelah bantuan diterima.
7. Post the link of our aid on your Facebook or social media pages. 
Paparkan pautan tentang bantuan kami di laman Facebook atau laman sosial media anda.

Detailed procedures:
Langkah-langkah terperinci:

  1. Take a photo of the animal before neutering. The photo must show the face and body.
    Ambil gambar haiwan sebelum pemandulan. Gambar mesti menunjukkan muka dan badan.
  2. Choose your own vet to get the procedure done. We will only subsidise neutering surgeries which are performed by a registered vet in accordance with the Veterinary Surgeons Act 1974. All neutered animals have to be ear-notched.
    Pilih doktor haiwan sendiri untuk prosedur pemandulan.
    Kami hanya boleh memberi bantuan untuk prosedur pemandulan yang dilakukan oleh doktor haiwan berdaftar mengikut akta Veterinary Surgeons Act 1974. Semua haiwan yang dimandulkan mesti ditakuk telinga. 
  3. Pay the vet and obtain an official receipt. The receipt must be itemised, issued to your full name (as per bank account) and must be signed and stamped by the vet. Please see below for detailed requirements.
    Bayar bil dan dapatkan resit rasmi. Resit mesti menunjukkan butir-butir terperinci, mesti di atas nama penuh pemohon (seperti nama akaun bank) dan mesti ditandatangani oleh doktor serta diletakkan cop rasmi. Sila lihat di bawah untuk contoh terperinci. 
  4. Take a photo of the animal after neutering. The photo must show the surgical scar as well as the face and body of the animal in an awakened state. You may take several photos for this purpose. A close-up photo of the ear notch is compulsory.
    Ambil gambar haiwan selepas pemandulan. Gambar mesti menunjukkan parut pembedahan serta muka dan badan haiwan dalam keadaan terjaga. Beberapa gambar boleh diambil untuk tujuan ini. Gambar close-up takuk telinga diwajibkan.
  5. Combine the before and after photos into a single collage. You may use any collage-making application but please ensure the collage is in jpeg format. Please see below for sample.
    Gabungkan gambar-gambar sebelum dan selepas pemandulan dalam satu kolaj. Ada boleh menggunakan sebarang applikasi untuk membuat kolaj gambar tetapi sila pastikan kolaj adalah dalam format jpeg. Sila lihat di bawah untuk contoh.
  6. Fill up the form. We need to know your long-term caring plan for the animal(s). We may also request additional information from you. By applying for our aid, you hereby also grant us consent to obtain additional information from your vet.
    Isikan borang. Kami perlu tahu rancangan jangka panjang anda untuk penjagaan haiwan ini. Kami mungkin meminta maklumat lanjut daripada anda. Dengan permohonan yang dikemukakan, ia juga bermakna anda membenarkan kami mendapatkan maklumat tambahan daripada doktor haiwan anda.  
  7. If you have previously claimed from us before, fill up Section 2 of the form. You have to provide a write-up on all the previouly-claimed animals and also their latest photos.
    Sekiranya anda pernah mohon daripada kami dahulu, sila isikan Seksyen 2 di dalam borang. Anda perlu tulis rumusan tentang keadaan haiwan-haiwan yang dimohon dahulu dan sertakan gambar terkini mereka.  
  8. Your application will only be processed if the completed form with the required attachments are received no later than 14 days from the date on the receipt. Late submissions will be rejected.
  9. Permohonan hanya akan hanya diproses sekiranya borang yang diisi penuh serta lampiran yang diperlukan diterima tidak lebih daripada 14 hari dari tarikh di atas resit. Permohonan lewat akan ditolak.
  10. You will be informed by email when the aid has been banked in. We request an acknowledgement of receipt within 3 days for our audit. Bank transfer charges, if any, will be borne by the applicant.
    Anda akan diberitahu apabila bantuan kami dimasukkan ke dalam akaun. Kami meminta pengakuan penerimaan dalam masa 3 hari untuk tujuan audit. Caj bank, jika ada, akan ditolak daripada jumlah yang dimasukkan.

f you have a Facebook or any social media page, we would deeply appreciate it if you post the link of the aid on your page for transparency and accountability. 
Sekiranya anda mempunyai laman Facebook atau sebarang laman sosial media, kami berharap anda sudi paparkan pautan tentang bantuan ini untuk tujuan ketelusan dan akauntabiliti.

Photo collage samples:
Sample kolaj gambar:

If your animals have similar markings, please take a photo of them together in one frame.
Sekiranya haiwan anda ada warna/corak yang sama, sila ambil gambar mereka dalam satu bingkai. 


Sample of write-up of long-term caring plan:
Contoh rencana rancangan penjagaan jangka-panjang:

Sample of write-up and photos of previously-claimed animals:
Contoh rencana dan gambar haiwan-haiwan yang pernah dimohon dahulu:

Invoice/Receipt requirements:
Syarat-syarat untuk invois/resit:

 

We require a fully itemised invoice/receipt (issued to your full name (as per bank account)), with exact amounts charged for neutering, number of animals, gender, etc.). The invoice/receipt must be countersigned and stamped by the vet.
Kami memerlukan invois/resit dengan butiran terperinci (nama penuh pemohon, termasuk bin dan binti, bayaran yg dikenakan atas pemandulan, bilangan haiwan, jantina).  Invois/Resit mesti ditandatangani oleh doktor dan mengandungi cop rasmi doktor.   

If the invoice/receipt has no name: Please request the vet to write your full name on it and this must be signed and stamped by the vet.
Sekiranya invois/resit tiada nama: Sila minta dr tuliskan nama penuh pemohon atas resit dan dr mesti tandatangan dan letakkan cop rasmi.  

If the invoice/receipt is not itemised: Please request the vet to write a note that clearly itemises the neutering charges (with breakdown of number of animals and gender) and this must be signed and stamped by the vet.
Sekiranya invois/resit tidak mempunyai butiran terperinci: Sila minta dr tuliskan nota menyatakan bayaran lengkap untuk pemandulan (bilangan haiwan, jantina dsb). Nota ini mesti ditandatangani oleh dr dan diletakkan cop rasmi.

Please do NOT add anything on your own onto the invoice/receipt. All alternations must be countersigned and stamped by the vet. Tampered documents will be rejected and you may be barred from receiving any aid from us again.
Sila jangan menambahkan apa-apa di atas invois/resit. Semua pembetulan pada invois/resit mesti ditandatangani oleh doctor haiwan dan diletakkan cop rasmi. Dokumen yang diubahsuai tidak akan diterima dan pemohon mungkin tidak akan dibenarkan membuat permohonan lagi.

If you are able to re-donate to our Fund to, in turn, help the next animal, your donation, big or small, is highly appreciated. One good turn deserves another.
Sekiranya anda sudi memberi sumbangan ikhlas kepada dana kami untuk membantu haiwan-haiwan lain, sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, amat kami hargai.

To pay it forward: https://animalcare.my/donate/
Sedekah ke hadapan: 

For full policies: https://animalcare.my/policies/
Polisi lengkap:

For more information, please write to animalcare.my@gmail.com or chankahyein@gmail.com.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi animalcare.my atau chankahyein@gmail.com.

Together, we help the street animals achieve better wellbeing.
Marilah kita bersama-sama membantu haiwan jalanan serta meningkatkan kebajikan mereka.