Policies

AnimalCare was established on 31st May 2009 and we have since actively embarked on various projects to help street and rescued animals.
AnimalCare ditubuhkan pada 31hb Mei 2009 dan sejak itu kami aktif menjalankan pelbagai projek untuk membantu haiwan jalanan dan haiwan yang diselamatkan. 

We are registered under the Registrar of Societies, Malaysia (PPM 012-10-05062011) as Persatuan Penyayang Haiwan Petaling Selangor (AnimalCare Society Petaling Selangor).
Kami didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM 012-10-05062011) sebagai Persatuan Penyayang Haiwan Petaling Selangor.

We are a non-governmental and non-profit organisation. The aid we offer are donated by friends and supporters.
Kami adalah pertubuhan bukan kerajaan dan tidak berdasarkan keuntungan. Bantuan yang kami tawarkan adalah dana yang diderma oleh rakan-rakan dan para penyokong.

We reserve the right to change these policies at any time and these changes will be posted in this blog.  Please review our policies regularly so that you are informed of any changes. 
Kami berhak untuk meminda polisi pada bila-bila masa dan pindaaan ini akan disiarkan di dalam laman ini. Sila semak polisi kami dengan kerap supaya anda dimaklumkan dengan sebarang pindaan. 

Contact: animalcare.my@gmail.com or Dr Chan Kah Yein at chankahyein@gmail.com (all communication by email only)
Hubungi: animalcare.my@gmail.com atau Dr Chan Kah Yein di chankahyein@gmail.com (semua komunikasi melalui email sahaja. 

We only communicate in English and Bahasa Malaysia.  
Kami hanya berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. 

Our neutering, vaccination and medical aid is offered to street animal caregivers who personally practise One-Street CNRM.  Please do not submit any third party claims.
Bantuan pemandulan, vaksinasi dan perubatan kami ditawarkan kepada penjaga haiwan jalanan yang secara peribadi mengamalkan One-Street CNRM. Sila jangan mohon untuk pihak ketiga. 

We value honesty, sincerity and courtesy.
Kami menghargai kejujuran, keikhlasan dan kesopanan.

Ongoing projects:
Projek yang dijalankan:

Neutering Aid for street animals (Bantuan Pemandulan)

To apply (Untuk memohon)https://animalcare.my/aid/

Vaccination & Medical Aid for street animals (Bantuan Vaksinasi dan Perubatan) 

To apply (Untuk memohon)https://animalcare.my/vacc/

To apply (Untuk memohon)https://animalcare.my/medical/

Petfood for rescued animals (Bantuan makanan bagi haiwan yang diselamatkan)

To contribute (Untuk menderma)https://animalcare.my/food-aid/

Depending on the availability of funds, the amount of aid awarded may vary from time to time, in which case we reserve the right to make these changes without explanation or prior notice. We also reserve the full and absolute discretion to reject applications that do not meet our internal checks and requirements.
Bergantung kepada ketersediaan dana, jumlah bantuan yang diberikan mungkin berbeza dari masa ke semasa. Dalam hal ini, kami berhak untuk membuat pindaan tanpa penjelasan atau notis awal. Kami juga mempunyai budi bicara penuh dan hak mutlak untuk menolak sebarang permohonan yang tidak memenuhi semakan dan keperluan dalaman kami. 

We do not act as an intermediary to raise funds for individuals or other organisations.
Kami tidak bertindak sebagai perantara untuk mengumpul dana untuk individu atau organisasi lain. 

Your write-up and our blogpost
Hasil penulisan anda dan catatan blog kami

If you request for any help, please provide your full name, contact details (if relevant), relevant photographs and a write-up about what you need. Please do not send third party requests. Please be informed that by requesting help, you agree that your full name, contact details, photographs, write-up and other relevant details will be published in our blogposts in any manner in our discretion for the purpose of assisting you and for record and accountability of the help and aid provided. We also reserve the right to edit your write-up for clarity and/or remove any information deemed inappropriate. We also reserve the right to use the information as we deem fit for the purpose of our internal checks.
Jika anda meminta sebarang bantuan, sila berikan nama penuh anda, butiran hubungan (jika berkaitan), gambar yang berkaitan dan penulisan tentang perkara yang anda perlukan. Sila jangan hantar permintaan pihak ketiga. Harap maklum bahawa dengan meminta bantuan, anda bersetuju bahawa nama penuh anda, butiran hubungan, gambar, penulisan dan butiran lain yang berkaitan akan diterbitkan dalam catatan blog kami dalam apa jua cara mengikut budi bicara kami untuk tujuan membantu anda dan untuk rekod dan akauntabiliti bantuan dan bantuan yang diberikan. Kami juga berhak untuk mengedit penulisan anda untuk pencerahan dan/atau mengeluarkan sebarang maklumat yang dianggap tidak sesuai. Kami juga berhak menggunakan maklumat yang diterima untuk tujuan pemeriksaan dalaman kami. 

If you have received our financial aid, the related blogposts will not be deleted as we need to maintain these for transparency and accountability of fund usage.
Jika anda telah menerima bantuan kewangan kami, catatan blog yang berkaitan tidak akan dipadamkan kerana kami perlu mengekalkannya untuk ketelusan dan akauntabiliti penggunaan dana.

Please be informed that our blogposts are also reproduced on our Facebook, Twitter and Instagram pages. These may also be forwarded by readers. We request that you exercise due courtesy and respect to others in your write-up and refrain from revealing names of third parties or sharing their photos unless consent has been sought. We also request that you submit only truthful content.
Harap maklum bahawa catatan blog kami juga diterbitkan semula di halaman Facebook, Twitter dan Instagram kami. Ini juga mungkin dimajukan oleh pembaca. Kami meminta anda menggunakan budi bahasa yang sewajarnya dan menghormati orang lain dalam penulisan anda dan elak daripada mendedahkan nama pihak ketiga atau berkongsi gambar mereka melainkan persetujuan telah didapatkan terlebih dahulu. Kami juga meminta anda memberikan kandungan yang benar sahaja.

Please be prepared that you may receive comments on the post and/or offers of help from the public. It is your responsibility to vet these offers and we cannot be held responsible for any repercussions as a result of these comments or offers. Similarly, we are also not responsible if nobody offers to help.
Sila bersedia bahawa anda mungkin menerima ulasan atas catatan blog dan/atau menerima tawaran bantuan daripada orang ramai. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk menyemak tawaran ini dan kami tidak boleh bertanggungjawab atas sebarang kesan akibat daripada ulasan atau tawaran ini. Begitu juga, kami juga tidak bertanggungjawab jika tiada sesiapa yang menawarkan bantuan.

If you wish to make any correction to your write-up, please let us know by email. However, these corrections will only be made in our blogpost. They may not be reflected in all the reproductions and forwards.
Jika anda ingin membuat sebarang pembetulan pada penulisan anda, sila maklumkan kepada kami melalui e-mel. Walau bagaimanapun, pembetulan ini hanya akan dibuat dalam catatan blog kami sahaja. Ia mungkin tidak dapat dilihat dalam semua penyiaran semula.

In the same way, if you choose to comment on our blogposts, we also request that you do so with courtesy and refrain from mentioning names of any third parties unless consent has been given. We reserve the right to edit or delete comments deemed inappropriate.
Dengan cara yang sama, jika anda memilih untuk mengulas atas catatan blog kami, kami juga meminta anda berbuat demikian dengan budi bahasa dan mengelak daripada menyebut nama mana-mana pihak ketiga melainkan kebenaran telah diberikan. Kami berhak untuk mengedit atau memadam komen yang difikirkan tidak sesuai.

We ask that you abide by all our policy requirements and liaise with us in the spirit of full disclosure so that we may establish a relationship of trust, honesty and goodwill which goes a long way. This also protects the credibility of animal charity.
Kami meminta agar anda mematuhi semua syarat polisi kami dan berhubung dengan kami dalam semangat pendedahan penuh supaya kami boleh menjalinkan hubungan amanah, kejujuran dan muhibah untuk jangka panjang. Ini juga penting bagi melindungi kebolehpercayaan badan amal haiwan.

In the event of failure to abide by any of our terms and conditions, AnimalCare reserves the right not to provide assistance without need to provide reasons for such decision.
Sebarang kegagalan dalam mematuhi mana-mana syarat kami, pihak AnimalCare berhak untuk tidak memberikan bantuan tanpa perlu memberikan sebab untuk keputusan tersebut.

Using any of our materials
Menggunakan bahan penulisan kami

You are welcome to share links from our blog. However, if you wish to refer to any of our original content, please provide due acknowledgement, including the link to this blog.
Anda berkongi pautan daripada blog kami. Walau bagaimanapun, jika anda ingin merujuk kepada mana-mana kandungan asal kami, sila berikan pengakuan yang sewajarnya, termasuk pautan ke blog ini.

Disclaimer
Penafian

The contents of this website are based on the opinions of Dr Chan Kah Yein and her team, unless otherwise noted. Dr Chan is not a veterinarian and therefore the information on this website is not intended as medical or veterinary advice. It is intended as a sharing of knowledge based on the experience of Dr Chan and her community and is done so with the best of intentions. For your animals’ medical or veterinary needs, kindly consult your veterinarian or relevant authoritative sources.
Kandungan laman web ini adalah berdasarkan pendapat Dr Chan Kah Yein dan pasukannya, kecuali dinyatakan sebaliknya. Dr Chan bukan doktor haiwan dan oleh itu maklumat di laman web ini tidak bertujuan sebagai nasihat perubatan atau veterinar. Ia bertujuan sebagai perkongsian ilmu berdasarkan pengalaman Dr Chan dan komunitinya dan dilakukan dengan niat yang terbaik. Untuk keperluan perubatan atau veterinar haiwan anda, sila rujuk doktor haiwan anda atau sumber berwibawa yang berkaitan.

UPDATED on 22nd May 2024.
Dikemaskini pada 22hb Mei 2024.