Nurturing Kindness, One Animal at a Time
AnimalCare was founded by Dr Chan Kah Yein on 31st May 2009 and is registered as AnimalCare Society Petaling, Selangor (Persatuan Penyayang Haiwan Petaling, Selangor) under the Registrar of Societies, Malaysia (PPM 012-10-05062011. Previously: 2277-11-SEL).
AnimalCare diasaskan oleh Dr Chan Kah Yein pada 31hb Mei 2009 dan didaftarkan sebagai AnimalCare Society Petaling, Selangor (Persatuan Penyayang Haiwan Petaling, Selangor) di bawah Pendaftar Pertubuhan, Malaysia (PPM 012-10-05062011. Sebelum ini: 2277-11- SEL).
Our Vision: To create a community that embraces kindness to animals.
Visi Kami: Untuk mewujudkan komuniti yang baik hati terhadap haiwan.
Our Mission: To promote the practice of One-Street CNRM (Care-Neuter-Return-Manage) for street animals and to cultivate kindness to animals though education by example.
Misi Kami: Mempromosikan amalan One-Street CNRM (Jaga-Mandul-Kembali-Urus) untuk haiwan jalanan dan memupuk kebaikan kepada haiwan melalui pendidikan melalui teladan.
We offer a Neutering Aid Package which comes with our Vaccination Aid and Medical Aid for newly-rescued street animals.
Kami menawarkan Pakej Bantuan Pemandulan yang disertakan dengan Bantuan Vaksinasi dan Bantuan Perubatan untuk haiwan jalanan yang baru diselamatkan.
We are not an animal shelter or a rescue team.
Kami bukan tempat perlindungan haiwan atau pasukan penyelamat.
We support individuals who care for street animals and rescued animals and advocate animal protection in as many ways as possible, through education and example.
Kami menyokong individu yang menjaga haiwan jalanan dan haiwan yang diselamatkan dan menyokong perlindungan haiwan dalam seberapa banyak cara yang mungkin, melalui pendidikan dan teladan.
These are the street animals we have helped through our Neutering Aid Package which includes vaccination and medical treatment:
Ini adalah haiwan jalanan yang telah kami bantu melalui Pakej Bantuan Neutering kami yang merangkumi vaksinasi dan rawatan perubatan:
Neutering (Pemandulan)
Vaccination & Medical Treatment (Vaksinasi & Rawatan Perubatan)
Surplus donations will be channelled to our Food Aid which provides petfood to selected caregivers.
Lebihan sumbangan akan disalurkan kepada Bantuan Makanan yang menyediakan makanan haiwan kepada penjaga terpilih.
Our funds come from donations by friends and supporters:
Dana kami datang daripada derma rakan-rakan dan penyokong:
Donations (Derma)
Gifts (Hadiah)
We are a full volunteer organisation and all operating costs are borne entirely by ourselves. All donations are channeled to the animals.
Kami adalah organisasi sukarelawan penuh dan semua kos operasi ditanggung sepenuhnya oleh kami sendiri. Semua derma disalurkan kepada haiwan.
Besides giving aid, we are also an educational platform which shares experiential and barefoot knowledge on caring for animals. While we always advocate consulting veterinarians and experts for professional advice, very much part of caring for animals also comes from experience and care. It is in this spirit that we educate. Our founder, Dr Chan Kah Yein, has written books on compassion to animals too.
Selain memberi bantuan, kami juga merupakan platform pendidikan yang berkongsi pengetahuan pengalaman tentang penjagaan haiwan. Kami sentiasa mensyorkan perundingan dengan doktor haiwan dan pakar untuk mendapatkan nasihat profesional, namun demikian, sebahagian besar daripada penjagaan haiwan juga datang daripada perkongsian pengalaman. Dengan semangat inilah kami mendidik. Pengasas kami, Dr Chan Kah Yein, telah menulis buku-buku tentang belas kasihan kepada haiwan juga.
Our work, activities and reports are only represented by the following four social media pages:
Kerja, aktiviti dan laporan kami hanya diwakili oleh empat halaman media sosial berikut:
1. WordPress: www.animalcare.my
2. Facebook: https://www.facebook.com/animalcare.my/
3. X (formerly known as Twitter): https://x.com/animalcaremy
4. Instagram: https://www.instagram.com/animalcaremy/
We are not affiliated with any other organisation or social media pages. We have no other websites or pages. No other social media page represents us even if it may bear a similar-sounding name.
Kami tidak ada hubungan dengan mana-mana organisasi lain atau halaman media sosial lain. Kami tidak mempunyai laman web atau halaman lain. Tiada halaman media sosial lain yang mewakili kami walaupun ia mungkin mempunyai nama yang serupa.
What we offer:
What we promote:
About the Founder
Kah Yein can be contacted at chankahyein@gmail.com
Dr Chan Kah Yein berkelulusan Doktor Falsafah dalam Pendidikan Matematik. Beliau bukan doktor haiwan tetapi mempunyai semangat untuk membantu haiwan. Sepanjang zaman kanak-kanaknya, Kah Yein dibesarkan dengan anjing, arnab, ayam, anak itik dan angsa sebagai haiwan peliharaan, tetapi tidak pernah mempunyai kucing sehingga beliau berpeluang melihat anak kucing yang baru lahir ditinggalkan di tepi jalan selepas hujan pada Hari Ibu tahun 2006. Itulah pengalaman pertamanya sebagai penyelamat haiwan. Lebih banyak pengalaman diikuti dan tiga tahun kemudian, beliau mengasaskan AnimalCare, sebuah pertubuhan amal yang menawarkan bantuan pemandulan kepada penjaga haiwan jalanan. Kah Yein percaya bahawa pendidikan melalui teladan adalah kunci untuk menyemai kebaikan kepada haiwan. Beliau berharap suatu hari nanti, manusia dan haiwan akan hidup harmoni di planet ini. Sehingga kini, beliau telah menulis lapan buah buku dan ceramah-ceramah umumnya dihasilkan pada CD audio, semuanya untuk pengedaran percuma. Beliau terus menguruskan AnimalCare dengan harapan dapat membantu sebanyak mungkin haiwan jalanan serta penjaga mereka.
Kah Yein boleh dihubungi melalui chankahyein@gmail.com
Education is the Key to Change
Pendidikan adalah Kunci Perubahan
How to be Kind to Animals
Mengamalkan Kebaikan terhadap Haiwan
1. Practise CNRM: http://animalcare.my/cnrm/.
Amalkan CNRM:
2. Don’t buy, don’t breed. Please adopt – There are so many on the street and shelters. Buying and breeding decreases the chances of shelter animals or street animals finding a home.
Jangan beli, jangan membiak, sila adopt – Terdapat begitu banyak haiwan di jalanan dan tempat perlindungan. Membeli dan membiak mengurangkan peluang haiwan di tempat perlindungan atau haiwan jalanan mencari rumah baru.
3. Take good care of your own pets – Research their needs (physical, psychological, nutritional, etc.) and always give them your best. Every animal is different – spend time with them, understand their needs and provide your best for them.
Jaga haiwan peliharaan anda sendiri dengan baik – Selidik keperluan mereka (fizikal, psikologi, pemakanan, dll.) dan sentiasa berikan yang terbaik kepada mereka. Setiap haiwan adalah berbeza – luangkan masa bersama mereka, fahami keperluan mereka dan berikan yang terbaik untuk mereka.
4. Check that you do not inadvertently support cruelty to animals – Use only products that are not tested on animals (shampoo, soap, toothpaste, detergents, food products), do not support activities that exploit animals (circuses, fishing, bullfights, etc.)
Pastikan anda tidak menyokong kekejaman terhadap haiwan secara tidak sengaja – Gunakan hanya produk yang tidak diuji pada haiwan (syampu, sabun, ubat gigi, detergen, produk makanan), jangan menyokong aktiviti yang mengeksploitasi haiwan (sarkas, memancing, laga lembu, dsb.)
5. Use more humane methods for “pest” control. For example, use pandan leaves for household roaches, safe mosquito repellent for mosquitoes (cloves in lime), cruelty-free traps, etc.
Gunakan kaedah yang lebih berperikemanusiaan untuk kawalan “perosak”. Sebagai contoh, gunakan daun pandan untuk lipas rumah, ubat nyamuk yang selamat untuk menghindari nyamuk (cengkih dalam kapur), perangkap bebas kekejaman, dll.
6. Go meatless once a week (or more, if you can) – Factory-farmed animals endure tremendous suffering. For example, if you consume eggs, buy only free-range, unfertilised eggs and where hens are allowed to live out their natural lives. Eat compassionately.
Amalkan pemakanan tanpa daging seminggu sekali (atau lebih, jika anda boleh) – Haiwan ternakan menanggung penderitaan yang amat siksa. Sebagai contoh, jika anda makan telur, beli hanya telur free-range yang tidak disenyawakan dan yang mana ayam dibenarkan bebas menjalani kehidupan semulajadi mereka. Makan dengan penuh belas kasihan.
7. Do not call the local councils to report any street animal as “nuisance”; they will be captured and destroyed. Try understanding, empathy and compassion.
Jangan hubungi majlis tempatan untuk melaporkan mana-mana haiwan jalanan sebagai “kacau-ganggu”; mereka akan ditangkap dan dimusnahkan. Cuba memahami, empati dan belas kasihan.
This earth belongs to the animals too.
Where they are born is where they belong.
Bumi ini kepunyaan haiwan juga.
Di mana mereka dilahirkan di situlah tempat tinggal mereka.
Thank you!
Terima kasih!
Adopt street animals and get them neutered. Look after them for life.
Adopt haiwan jalanan dan mandulkan mereka. Jaga mereka seumur hidup.
Feed street animals and get them neutered.
Beri makanan kepada haiwan jalanan dan mandulkan mereka.
Education by example is the key to long-term change. Teach children to be kind to animals.
Pendidikan melalui teladan adalah kunci kepada perubahan jangka-panjang. Didik kanak-kanak untuk sayangi haiwan.
Being kind to animals includes eating less of them. Go for a mostly-plant based diet.
Baik hati kepada haiwan termasuk kurang memakan mereka. Amalkan pemakanan yang lebih berasaskan tumbuhan.
Use only products that are not tested on animals.
Gunakan hanya produk yang tidak diuji atas haiwan.
We can do so much to help animals. Every little bit helps.
Banyak yang boleh kita lakukan untuk membantu haiwan. Setiap sedikit membantu.
Let’s work together to achieve this!
Mari kita bekerjasama untuk mencapai matlamat ini!
As per our society’s Constitution, we have three missions:
(a) To promote caregiving to street animals.
(b) To help in the neutering and medical needs of street animals, and other projects for their wellbeing.
(c) To cultivate compassion to animals through education.
Menurut Perlembagaan pertubuhan, inilah tiga misi kami:
(a) Mempromosikan penjagaan haiwan jalanan.
(b) Membantu dalam pemandulan dan keperluan perubatan haiwan jalanan serta projek lain untuk kesejahteraan mereka.
(c) Memupuk semangat belas-kasihan terhadap haiwan melalui pendidikan.