A sharing from Port Dickson – of baby kittens and a feral mum

Here are two stories from Port Dickson, shared by En Fadlullah, one of our regular applicants:

From: muhd fadlullah
Date: 2015-06-13 8:58 GMT+08:00
Subject: BABYCATS YATIM PIATU
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>

Hai Dr.Chan,izinkan saya menggunakan bahasa Malaysia sahaja kerana saya ingin menaip panjang 🙂 Semalam (jumaat 12/06/2015) ada seorang perempuan telah menghubungi saya melalui facebook untuk meminta tolong menyebarkan tentang pencarian ibu kucing yg sedang menyusukan anak.

Ini kerana ada seekor stray cat telah beranak di rumahnya & meninggalkan babies tersebut sejak jam 7malam hari khamis 11/06/2015.Saya telah tolong dia iklankan hal tersebut di page kucing saya akan tetapi tidak mendapat respon.Perempuan tersebut adalah berasal dari port dickson juga sama seperti saya.

Mungkin dia tahu bahawa saya telah berpengalaman dua kali menjaga babycats yg tiada ibu dengan menyusukan menggunakan botol susu kucing.Saya tidak sampai hati untuk terus membiarkan 3ekor babycats tersebut kelaparan jadi saya telah pergi mengambil babycats tersebut untuk disusukan sendiri sahaja kerana saya bimbang babycats tersebut akan mati setelah tidak dapat susu hampir 17jam.

Tujuan saya memberitahu hal ini kepada Dr.Chan adalah,mungkin beberapa bulan dari sekarang iaitu awal tahun hadapan,saya memerlukan subsidi untuk memandulkan babycats ini…sekian terima kasih 🙂

unnamedunnamed

Of course we thank En Fadlullah for taking these kittens in and looking after them. And we also thank him for the full disclosure. We work together with applicants in the spirit of goodwill, trust and full disclosure, so this is highly appreciated.

Terima kasih, En Fadlullah. Dan sudah tentu kami boleh berbahasa Malaysia. Bukankah kami semua anak Malaysia?

Ini cerita kedua:
(This is the second story):

From: muhd fadlullah
Date: 2015-06-13 11:12 GMT+08:00
Subject: PENGALAMAN MENARIK
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>

Pada 4/6/2015 baru2 ini iaitu hari Khamis,seorang pakcik yang saya kenal telah membawa seekor kitten & bertanya sama ada saya sudi atau tidak menerima kitten tersebut.Saya lihat kitten tersebut masih terlalu kecil tetapi sudah pandai makan sendiri.

Kemudian pakcik tersebut memberitahu bahawa dia menjumpai kitten tersebut di lorong belakang rumahnya.Dia juga menambah bahawa kitten tersebut ada ibu.Saya berasa marah kerana pakcik tersebut tidak mengambil ibunya sekali,akibatnya,kitten tersebut menangis dengan kuat semasa sampai di rumah saya.

Pakcik tersebut juga memberitahu saya bahawa ibu kepada kitten tersebut adalah sangat garang.Akan tetapi saya tidak sanggup membiarkan kitten tersebut terus menangis,mungkin kerana belum pernah berpisah dengan ibunya.Lalu saya bertegas mahu pergi menangkap ibunya itu.

Saya umpan ibunya dengan meletak makanan di dalam carrier,apabila ibunya masuk untuk makan,saya cepat-cepat tutup.Beberapa kali juga saya gagal dan akhirnya selepas 4-5kali mencuba,baru saya berjaya.Ternyata ibu kitten tersebut memang sangat garang.

Oleh sebab ibu kitten tersebut amat garang,saya bercadang untuk hanya membuat TNRM sahaja kepada ibu tersebut.Jadi,pada hari khamis baru2 ini iaitu pada 11/06/2015,saya telah menghantar ibu kitten tersebut untuk dimandulkan.Saya telah puasakan ibu kitten tersebut dari jam 10malam sebelumnya.Saya hantar ke klinik pada jam 11pagi & ingin mengambil semula pada jam 6petang supaya saya tidak akan dicaj untuk boarding atau wad.

Akan tetapi,pada jam 6petang tersebut,sesampainya saya di klinik,vet memberitahu bahawa ibu kucing tersebut tetap tidak pengsan walaupun sudah diberi maximum dose,dia melawan kesan ubat itu! Ini kali pertama berlaku dalam hidup saya.Vet mengatakan tidak ada apa lagi yang boleh dibuat pada hari itu,jadi dia menyuruh saya membawa pulang sahaja ibu kucing tersebut tanpa dikenakan apa2 cas.

Vet menyuruh saya membawa semula ibu kitten tersebut pada hari ini akan tetapi saya mengatakan yang saya akan membawanya pada hari esok(ahad) kerana hari ini saya perlu menghadiri kenduri perkahwinan di serdang.

Ubat pengsan yang dicucuk pada kucing akan dimulakan dengan dos yang rendah,99% kucing akan terus pengsan walaupun diberi dos yg rendah ini.Jika tidak berkesan,kucing akan dicucuk sekali lagi menggunakan dos sederhana & jika masih tidak berjaya,barulah vet akan menggunakan dos yg maximum.Sebagai contoh,dos rendah adalah 3ml,dos maksimum adalah 9ml,ini bermakna ubat pengsan yg dicucuk pada ibu kucing tersebut adalah 3ml+3ml+3ml…

Pada hari esok,vet berkata akan terus mencucuk 9ml dan bukannya 3ml..begitulah lebih kurang penerangan vet yg diberikan kepada saya.

Saya sememangnya amat terkejut dengan hal ini,belum pernah sekali pun hal seperti ini berlaku kepada saya.Tujuan saya menceritakan kepada Dr.Chan adalah sekadar ingin berkongsi pengalaman yang berharga 🙂 apabila ibu kitten ini berjaya dimandulkan,saya akan menjaganya sehingga sembuh iaitu lebih kurang 2minggu sebelum saya melepaskannya semula ke tempat asal saya mengambilnya.

Saya berpendapat bahawa kucing yg terlalu garang seperti ini tidak sesuai untuk dibela indoor.Tambahan pula,pada masa itu,kitten kecil tersebut mungkin sudah dapat menyesuaikan diri di rumah saya,jadi saya akan adopt kitten tersebut & saya akan lepaskan ibunya berseorangan…

Apabila sampai masanya,kitten kecil tersebut juga akan saya mandulkan & saya berhasrat ingin memohon subsidi dari Dr.Chan untuk tujuan itu.

Seperkara lagi,ibu kucing ini telah disahkan buta sebelah mata oleh vet.Akan tetapi tiada luka atau sakit yang perlu dirawat dgn lebih lanjut.Untuk pengetahuan Dr.Chan,setiap kucing yg saya hantar untuk TNRM,saya akan vaksin satu kali sebelum saya melepaskan mereka semula.Akan tetapi,saya rasa saya tidak sanggup untuk vaksin ibu kucing ini kerana dia terlalu garang,saya jadi takut kepadanya,sekian terima kasih 🙂

mini-fierce mother cat

The first thought that came to mind after reading this story is that the mother-cat could be pregnant. I have seen how pregnant mother-animals fight very hard to protect their unborn babies when rescuers insist on getting them spayed. They are extremely fierce and will fight off the vet, some are observed to be very desperate too.

This is precisely why we have a policy of not subsidising the spaying of pregnant animals. We are aware that some rescuers and vets do it, but we ask that they please do not apply for our subsidies and we hope they will respect this.

Now back to this fierce mother-cat, En Fadlullah says:

Saya juga tidak akan sesekali memandulkan ibu kucing yang sedang mengandung.Akan tetapi,saya rasa dia tidak mengandung kerana dia baru sahaja mula on-heat,saya juga telah memberitahu vet bahawa sekiranya ibu kucing tersebut sedang mengandung,jangan mandulkan ia.Mungkin vet akan membuat pemeriksaan lanjut pada esok hari 🙂

We hope all will be well with this cat.

And also, sometimes, after some time, animals might settle down and be calmer. They could be just very fearful due to their feral nature or perhaps, distrust of humans.

Mr Quack and Mr Zurik can attest to the above! Mr Zurik is a complete pussy now…!

We thank En Fadlullah for the interesting sharing and for all that he does.


Posted

in

by

Tags: