We have subsidised RM200 for the spaying of Batman and Tina.
From: muhd fadlullah
Date: 2015-06-14 22:33 GMT+08:00
Subject: Cerita Batman & Tina
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>Hai Dr.Chan,pada 14/09/2014,saya telah pergi untuk mandi laut di Batu4 Port Dickson,cuaca adalah mendung pada mulanya & kemudian hujan turun.Selepas selesai mandi laut,saya pergi ke tandas awam untuk mandi & menukar baju untuk pulang ke rumah.
Keluar sahaja dari tandas awam menuju ke kereta,tiba2 seekor kitten telah keluar dari celah vending machine berdekatan tandas awam tersebut.Kitten tersebut tiba2 keluar tepat pada masa saya berjalan di sebelah vending machine tersebut.Keadaan kitten tersebut adalah basah & kesejukan.Setelah saya pasti bahawa dia tiada ibu,saya mengambil keputusan untuk membawanya pulang sahaja kerana saya tidak yakin dia boleh survive di tepi laut itu.
Saya namakannya Batman kerana dia seperti memakai topeng.Walaubagaimanapun,
Batman sebenanya adalah betina.Batman sangat manja & baik. Tina pula saya selamatkan pada 06/12/2014 semasa saya sedang makan di BurgerByte Senawang,dari jauh saya lihat Tina sedang tidur di bawah tayar kereta.Kemudian,sekali lagi saya lihat pada Tina saya tengok tuan kereta tersebut sudah hendak menggerakkan keretanya,terus saya berlari mengetuk tingkap kereta itu.Sekiranya saya terlambat 2-3saat,saya rasa sudah tentu Tina akan digilis tayar kereta tersebut.Saya ambil Tina dan letakkan dalam beg saya,pada mulanya saya tidak mahu mengambil Tina kerana bilangan kucing2 saya sudah banyak,akan tetapi bila melihat Tina tertidur dalam beg saya,saya jadi kasihan & mengubah fikiran.Tina adalah berkurap,saya hanya bawa Tina inject ubat kurap di vet kerajaan PD sebanyak 2kali sahaja dan masalah kurap Tina selesai.Injection tersebut hanya dilakukan 2minggu sekali sahaja & cas nya hanya RM5 untuk sekali inject.
Pada harini ini Ahad 14/06/2015 saya telah membawa Batman & Tina untuk dimandulkan.Saya berhasrat untuk memohon subsidi buat menampung kos pemandulan mereka.Selepas mereka sembuh sepenuhnya,saya akan terus menjaga mereka sendiri dan jika ada sesiapa yang ingin adopt mereka,saya akan berikan kepada mereka tanpa ragu2 kerana tugas saya sudah selesai(vaksin & neuter),tambahan pula supaya saya boleh terus menyelamatkan lebih banyak kucing jalanan yang memerlukan.
Sekian terima kasih Dr.Chan


