We have fully sponsored RM90 for the spaying of Luna.
From: Noorashima Alias
Date: 2015-06-29 8:55 GMT+08:00
Subject: Permohonan Subsidi untuk kali ke 2 (Anak Kak Chik)
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>Selamat Pagi Dr. Chan.Nama saya Noorashima Binti Alias.Ini kisah yang telah saya ceritakan kepada Doktor ketika ingin memohon subsidi Kali pertama. Saya jumpa kucing (betina) saya pada 30-10-2014 dihadapan pasaraya di Kota Damansara. Pada ketika itu kucing betina ini dalam keadaan susu badan yang membengkak dan kakinya patah mungkin akibat daripada dilanggar oleh sebuah kereta alza yang kebetulan membelok dikawasan tersebut. Saya ambil dan bawa pulang. Saya bawa ke veterinar kerejaan di Damansara damai dan kucing itu dirawat. Dibekalkn ubat susut bengkak susu dan doktor menyarankan saya untuk mngeluarkan sendiri susu yang berlebihan bagi mengurangkan bengkak tersebut. Dan kakinya diurut secara perlahan. Dan ia telah pulih. Saya tidak tahu kucing tersebut mengandung. Kini, kucing tersebut berjumlah 4 ekor termasuk ibunya. Seekor kucing dewasa (betina), 3 ekor anak kucing berumur 5 bulan (2 betina, seekor jantan). Masalah yang saya hadapi ialah saya tidak mempunyai modal untuk mengembirikan kucing-kucing tersebut. Saya mampu berikan mkan dan minum serta tempat berlindung sahaja..Saya tidak tahu mahu minta tolong kepada sesiapa. Saya mahu bela mereka dengan syarat yang ditetapkan oleh ibu saya, ibu kucing tersebut tidak mengandung lagi. Jika bertambah, saya tidak mampu. Ibu saya sudah berkali-kali menyuruh saya membuang mereka tapi saya tidak mahu. Untuk permulaan, saya telah berjaya memandulkan seekor (ibu kucing) kucing saya pada 2hb Mei 2015 di DBKL-SPCA Klinik Kembiri. Saya akan memandulkan lagi 3 ekor anaknya secara berperingkat. Dan saya akan membela mereka setelah dimandulkan.Bagi pemohonan subsidi kali ke dua pula adalah untuk anak kak chik bernama Luna berjantina betina. Saya telah berjaya memandulkan Luna pada 27hb Jun 2015 di DBKL-SPCA Klinik Kembiri. Tinggal lagi 2 ekor kucing jantan untuk dimandulkan (juga anak kak chik). Bersama-sama ini saya sertakan gambar sebelum dan selepas pemandulan dilakukan. Borang pemohonan dan juga resit pembayaran akan menyusul. Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Doktor yang menyediakan subsidi ini bagi membantu memberi kehidupan yang lebih baik kepada kucing malah kepada individu manusia juga. Jika terdapat sebarang kesalahan atau apa saja yang tidak menepati syarat, saya berharap pihak doktor memberikan info dengan segera agar saya dapat perbetulkannya. Terima kasih.Sekian.Yang benar,Noorashima binti Alias


