Neutering aid for 1 cat with pyometra in Kuantan (Nurul Izzah bt Izharin Selvannadan’s)

We have sponsored RM100 for Bell, another cat with pyometra, rescued by Nurul Izzah. Nurul’s first claim from us was also a cat with pyometra.

From: Urul Ezah
Date: 2015-08-18 20:54 GMT+08:00
Subject: Re: RM100 Re: Permohonan subsidi untuk pengkasian kucing
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>

Hi Dr.chan,

Sukacita dimaklumkan saya ingin memohon bantuan subsidi bagi kucing jalanan yang saya bela,
Pengkasian turut dibuat disebabkan penyakit pyometra.
Pada malam 12/12/2014, saya ke sebuah pasaraya yang berhampiran dengan kediaman. Ketika melintas jalan saya ternampak seekor anak kucing dalam lingkungan umur 2 bulan. Kucing tersebut ingin melintas jalan dan hampir dilanggar oleh kereta, kerana risaukan keselamatannya saya mengambil keputusan untuk membawa dia balik ke rumah. Saya namakan dia BELL, sewaktu itu dia mengalami masalah mata dan kutu. Saya mengambil keputusan untuk merawatnya sehingga sembuh. Tetapi pada 16/8/2015, Bell tidak aktif dan inginkan perhatian yang luar biasa. Badannya panas dan terdapat cecair darah & nanah yang keluar melalui saluran kencingnya. Trauma dengan pengalaman pertama saya, terus membawanya ke Klinik Haiwan dan Dr membuat ujian darah yang mengesahkan Bell menghidapi penyakit pyometra.
Saya mengambil keputusan untuk meneruskan pembedahan dan pengkasian pada 18/8/2015 Walaupun kosnya tinggi, saya teruskan juga demi menyelamatkan nyawa Bell.
nurul izzah pyometra aug 24

Posted

in

by

Tags: