We have sponsored RM200 for the spaying of Apok and Jiji.
From: babey illyana
Date: 2015-08-26 2:41 GMT+08:00
Subject: Permohonan Subsidi Pemandulan Kucing
To: chankahyein@gmail.comHi Dr Chan,
Apa khabar? Di sini saya ingin memohon subsidi pemandulan dua ekor kucing terbiar yang telah saya selamatkan sejak lebih setahun lalu.
Kedua-dua kucing bernama Apok dan Jiji ini adalah kucing dari pejabat lama saya di Bukit Jelutong Shah Alam.
Sebelum ini, Jiji dan Apok di ‘adopt’ oleh seorang lelaki warga Filipina yang bekerja di Kuala Lumpur, bagaimanapun, beliau ingin kembali ke Negara asalnya dan terpaksa memulangkan Jiji dan Apok setelah kira-kira setahun membelanya.
Saya kemudian mengambil inisiatif untuk memandulkan kedua-dua kucing ini sebelum mencarikan adopter baru untuk mereka.
Saya tidak bekerja kerana menjaga ibu bapa yang sudah uzur, oleh itu saya memohon jasa baik pihak Dr untuk memberikan subsidi ini.
Pada Ahad lalu (23/8/2015), Jiji telah mendapat penjaga baru selepas dia sudah pulih daripada luka pemandulan berkenaan. Manakala Apok masih lagi menunggu penjaga baru, jika tiada, saya sendiri yang akan menjaganya bersama 8 kucing yg sy selamatkan sebelum ini.
Di sini saya sertakan gambar-gambar mereka sebelum dan selepas prosedur serta gambar resit daripada klinik haiwan di Shah Alam.
Diharap Dr dapat mempertimbangkan permohonan saya.
Sekian, Terima Kasih.
Nur Iliyana Mohd Nor


