We have sponsored RM270 for the spaying of Lala and the castration of Apple and Kiwi.
From: muhd fadlullah
Date: 2016-01-15 1:50 GMT+08:00
Subject: Kiwi,Lala,Apple Neutering Subsidy
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>Hai Dr.Chan,pada 12/01/2016 iaitu hari Selasa,saya telah menghantar 3ekor rescued cats saya ke vet untuk dimandulkan.Berikut adalah serba sedikit tentang kucing2 tersebut:
Kiwi- Seorang rakan facebook yang tidak saya kenali telah inbox saya mengatakan bahawa ada ibu stray cat telah beranak di belakang rumahnya akan tetapi ibu kucing tersebut langsung tidak datang kembali selepas melahirkan. Pada waktu dia inbox saya itu,kesemua babycats tersebut sudah tidak dapat susu selama 24jam. Maka saya bergegas ke rumahnya untuk mengambil & memberi susu secara manual. Malangnya hanya seekor yang mampu survive sehingga sekarang.
Lala- Saya terjumpa dengan Lala semasa sedang berjalan kaki di lot2 kedai di Sunggala,Port Dickson. Lala hanya seekor sahaja & mengikut sesiapa sahaja yang lalu didepannya sambal menangis2. Pada mulanya saya tidak mahu mengambil Lala kerana bilangan kucing di rumah saya sudah terlalu banyak,akan tetapi apabila melihat Lala jatuh ke dalam longkang,saya jadi amat kasihan. Sekarang Lala sudah bahagia & gemuk.
Apple- Saya menjumpai Apple di kedai makan berhampiran rumah sewa saya di Serdang. Seluruh badan Apple telah dijangkiti fungus. Vet telah beri ubat fungus cecair selama 14hari & fungus Apple telah sembuh sepenuhnya.
Saya bercadang untuk terus menjaga mereka bertiga sehingga ada sesiapa rakan terdekat yang mahu adopt mereka. Saya juga berharap permohonan subsidy saya ini dapat dipertimbangkan,terima kasih Dr.Chan 🙂