Neutering aid for 1 cat in Klang (Noor Fatin Hanim bt Mohd Tuhimun’s)

We have sponsored RM100 for the spaying of Coco Brown.

From: rin
Date: 2016-02-24 9:32 GMT+08:00
Subject: PER : PERMOHONAN SUBSIDI PERMANDULAN.
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>

Dear Chan Kah Yein,

Saya Noor Fatin Hanim ingin memohon subsidi pemandulan dari Animalcare untuk seekor kucing betina bernama Coco Brown yang saya rescue dari kuala pilah April 2015 lalu.
Saat saya menjumpai coco, usianya sekitar 3 – 4bulan. Coco berlegar-legar dikawasan pejabat di Kuala Pilah, Negeri Sembilan di saat saya sedang berkursus disana. Keadaannya tersangat daif dimana telinga kiri dan kanan beliau dipenuhi dengan kurap yang tebal. Selsema dan demam. Coco juga mempunyai masalah pada mata kiri.
Kemudian saya bercadang untuk membawanya pulang ke klang bagi mendapatkan rawatan yang lebih baik. Mata coco terpaksa dibuang atas nasihat Doc Veterinar agar tidak menjangkiti mata pada sebelah kanan nya. Setelah surgeri selesai dijalankan dan keadaannya yang semakin pulih, saya cuba untuk mencari adopter buat coco selama lebih 4bulan, malangnya tiada siapa yang mahu menjaganya. Setelah berbincang dengan keluarga, kami membuat keputusan untuk terus menjaganya.
Disini saya sertakan bersama gambar sebelum dan selepas surgeri dilakukan. Resit berserta borang akan saya poskan kemudian. Sekian,
unnamed (1) unnamed

Posted

in

by

Tags: