Neutering aid for 2 cats in Seri Kembangan (Muhd Najib Fadlullah b. Ilias’)

We have fully sponsored RM185 for the castration of Sawi and Volvo.

From: muhdfadlullah92
Date: 2016-04-20 23:23 GMT+08:00
Subject: Neutering Subsidy for Volvo & Sawi
To: chankahyein <chankahyein@gmail.com>

Hai Dr.Chan,pada hari Isnin 18/4/16,saya telah menghantar seekor rescued cat saya yang bernama Volvo ke vet untuk dimandulkan. Saya menjumpai Volvo di bawah kereta lama berjenama Volvo di depan rumah saya. Dia menangis seperti baru kehilangan ibu. Pada mulanya saya tidak mahu mengambil dia kerana saya rasa jumlah kucing2 saya telah sampai limit,tapi saya tidak sanggup lagi mendengar dia menangis lebih lama. Volvo adalah jantan. Saya akan terus menjaganya sehingga jika ada kenalan saya mahu adopt dia,maka saya akan beri kerana saya tidak risau lagi memandangkan dia sudah dimandulkan. Jika Dr.Chan berminat ingin melihat gambar2 Volvo semasa baru diselamatkan,boleh beritahu saya.
Pada hari Selasa 19/4/16 pula,saya telah menghantar seekor stray cat yang saya namakan Sawi untuk dimandulkan. Jika Dr.Chan masih ingat Johnny iaitu stray cat yang saya mandulkan sebelum ini menggunakan subsidy dari Dr,dia lah yang membawa Sawi ke rumah saya. Pada mulanya saya ingatkan Sawi adalah betina kerana dia mirip kucing betina indoor saya yang bernama Teddy,akan tetapi Sawi sebenarnya jantan. Beberapa hari lepas saya lihat Sawi berkawan baik dengan Johnny,akan tetapi pada pagi Selasa 19/4/16 sebelum saya ke tempat kerja,saya menyaksikan sendiri Sawi memukul Johnny dengan teruk,akan tetapi Johnny langsung tidak membalasnya. Saya pelik mengapa Sawi memukul Johnny sedangkan sejak beberapa hari lepas saya lihat mereka berkawan baik. Selepas memukul Johnny,saya lihat Sawi menggolek-golekkan badannya ke lantai seperti seekor kucing jantan yg in heat & ingin menanda kawasan. Saya terus mengambil Sawi & letakkannya di dalam sangkar supaya dia tidak memukul Johnny lagi. Semasa sedang mengangkat Sawi itu,saya perasan seperti Sawi ada testis,tapi saya tidak pasti kerana bulunya agak panjang. Pada tengahari itu juga saya bawa Sawi ke vet & vet mengesahkan Sawi adalah jantan & belum dimandulkan lagi,maka saya terus menyuruh vet untuk mandulkannya. Baru saya tahu mengapa Sawi memukul Johnny iaitu kerana Sawi inheat & ingin merebut kawasan. Vet yang saya pergi ini adalah vet yang pertama kali saya pergi kerana saya ingin mencuba servis vet ini. Selain itu,vet yang saya biasa pergi sebelum ini(seperti yang saya hantar Volvo) adalah strict & tidak menerima kucing untuk dimandulkan sekiranya tidak pernah divaksin.
Selepas 1minggu dari sekarang,saya akan membawa Sawi untuk vaksin sebanyak 1kali & kemudian saya akan melepaskannya semula di luar rumah saya.
Saya berasa agak terkilan kerana susah bagi saya untuk menolong stray cats di luar sana sekiranya vet terlalu strict tentang vaksinasi. Jika saya membawa stray cats,of course mereka belum pernah divaksinkan lagi,jadi vet sepatutnya memahami keadaan itu & memberi kelonggaran. Akan tetapi saya memahami mengapa vet buat begitu kerana mereka tidak mahu mengambil risiko virus dari dalam wad klinik menjangkiti stray cats tersebut. Saya sendiri akan vaksin semua stray cats yang saya mandulkan sebelum saya melepaskan mereka semula di tempat asal.
Akhir kata,saya ingin memohon subsidy untuk pemandulan Volvo & Sawi ini. Saya harap permohonan saya dapat dipertimbangkan,terima kasih Dr.Chan
mini-PhotoGrid_1461158278031 mini-PhotoGrid_1461158567625

Posted

in

by

Tags: