We have sponsored RM170 for the spaying of Carrot and the castration of Opick.
From: muhdfadlullah92
Date: 2016-04-29 14:07 GMT+08:00
Subject: Re: TNRM Subsidy Carrot & Opick
To: chankahyein@gmail.com, muhdfadlullah92@gmail.comHai Dr.Chan,pada hari isnin baru2 ini,saya telah menangkap seekor stray cat betina yang saya namakan Carrot di parking bertingkat lrt sg.besi. Abang saya memberitahu saya bahawa dia setiap hari memberi makan Carrot pada jam 630pagi iaitu semasa dia hendak pergi kerja menaiki lrt,jadi saya fikir tidak salah sekiranya saya mengambil tanggungjawab untuk memandulkan Carrot & akan melepaskannya semula apabila sembuh nanti.Pada hari selasa tengahari,saya telah pergi ke vet yg saya biasa pergi akan tetapi telah di reject hanya kerana Carrot belum pernah divaksin. Saya berasa sangat stress. Pada hari yang sama juga,saya telah menangkap seekor lagi stray cat jantan di luar rumah saya kerana saya lihat dia bergaduh dengan Apin yang telah saya mandulkan hari itu,jadi saya fikir lebih baik saya mandulkan juga Opick ini supaya tabiat suka bergaduh dia terhenti. Pada petangnya pula saya telah membawa 2ekor stray cat itu ke vet di bangi untuk memandulkan mereka,akan tetapi juga telah di reject mentah2 kerana mereka tiada rekod vaksin. Hal ini membuatkan saya fedup & berasa amat putus asa untuk terus menolong stray cats di luar sana. Saya rasa seperti ingin melepaskan semula Carrot & Opick akan tetapi saya cuba untuk bertenang dahulu.Saya terfikir apa kata saya hantar di klinik vet di port dickson,doktor tersebut mengenali & memahami saya. Walaupun sangat jauh,saya gagahkan juga untuk menghantar mereka & menunggu sehingga selesai pembedahan iaitu pada hari Rabu berikutnya 27/4/2016. Saya bangun seawal jam 5pagi untuk membersihkan kucing2 yg lain kerana takut terlewat ke tempat kerja akan tetapi akhirnya mengambil cuti untuk menghantar mereka mandul di port dickson kerana ini adalah plan yang betul2 last minute 🙂Akhirnya saya telah berjaya memandulkan mereka berdua & segalanya berjalan lancar. Selepas ini saya tiada pilihan lain selain vaksin dulu & menjaga stray cat selama dua minggu sebelum dimandulkan. Sebab mengapa saya tidak mahu vaksin dahulu adalah kerana saya perlu menjaga mereka lebih lama iaitu lebih kurang 1bulan dari awal hingga akhir,akan tetapi nampaknya sekiranya saya masih mahu menolong stray cats di luar sana,saya tiada pilihan lain. Saya cuma takut mereka lupa bagaimana ingin survive di tempat asal mereka,di mana mereka mahu cari makan & di mana mereka ingin menyorok sekiranya berlaku kecemasan,sebab itu saya jika boleh tidak mahu kurung mereka terlalu lama.Lebih kurang dua minggu dari sekarang,saya akan membawa mereka untuk divaksinkan & melepaskan mereka semula ke tempat asal beberapa hari selepas itu sekiranya mereka sihat selepas divaksin. Dan saya berhasrat ingin memohon subsidy untuk pemandulan Carrot & Opick ini,terima kasih Dr.Chan kerana sudi membaca cerita saya yang panjang ini,saya hanya ingin berkongsi pengalaman bersama Dr.![]()

