We have sponsored RM160 for the spaying of Kangkung and Joanna. We with to thank En Fadlullah very much for his graciousness in claiming RM20 less for each cat so that this money can be channeled to other animals.
Our request to all applicants was that if it is at all possible, they might agree to voluntarily claim RM10 less per animal as the volume of claims keep increasing every month and donations are scarce. We thank En Fadlullah for his kindness.
We totally understand that rescuers and feeders have to spend a lot on other needs like vaccination, medical treatment, food, etc., and this is why our request was for a voluntary reduction, if at all possible.
In his own words:
Hai Dr.Chan,tidak mengapalah rm80/ekor sudah cukup kerana saya memang sudah bertekad ingin berusaha lebih & contribute lebih.
Jutaan terima kasih, En Fadlullah!
From: muhdfadlullah92
Date: 2016-05-30 8:26 GMT+08:00
Subject: Kangkung & Joanna TNRM Subsidy
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>Hai Dr.Chan,pada 23/5/2016 iaitu hari Isnin,saya telah menangkap 2ekor stray kitten betina untuk di TNRM kan. Saya mengambil keputusan untuk menangkap mereka kerana saya merasakan berat mereka telah cukup untuk dimandulkan,saya tidak mahu bertangguh. Saya menangkap mereka di kedai makan berdekatan rumah saya.Pada mulanya saya bercadang untuk menghantar mereka ke vet pada hari Selasa iaitu 24/5/2016,akan tetapi vet memberitahu saya bahawa jika hantar pada 26/5/2016 iaitu hari Khamis,saya akan mendapat harga yg lebih rendah iaitu RM100 sahaja berbanding RM130 pada hari2 biasa.Jadi,saya telah puasakan Kangkung & Joanna pada malam hari Rabu & menghantar mereka untuk dimandulkan pada hari Khamis itu. Saya telah berbincang dengan vet untuk mengambil pada hari yang sama memandangkan mereka tiada rekod vaksin & vet bersetuju.Saya sangat bersyukur kerana akhirnya telah menemui vet yg tidak terlalu strict tentang vaksinasi & saya tidak sangka vet tersebut dekat juga dengan vet yang saya biasa pergi sebelum ini.Saya telah menyuruh vet membuat ear-tipping kepada Kangkung & Joanna kerana saya akan melepaskan mereka semula apabila sudah sembuh nanti. Tetapi saya tidak menyangka vet cas kos ear-tipping sebanyak rm10/ekor,tetapi tidak mengapalah.Seperti yang saya telah bersetuju sebelum ini,saya akan memohon subsidy RM20 lebih rendah dari kos pemandulan. Jadi saya berhasrat ingin memohon subsidy sebanyak RM80/ekor untuk Kangkung & Joanna.Terima kasih Dr.Chan 🙂


