We have sponsored RM40 for the neutering of 2 cats (1 female, 1 male). We thank En Fadlullah very much for his kindness in claiming RM20 less per cat. These procedures were done at a low cost offer.
From: muhdfadlullah92
Date: 2016-09-05 9:19 GMT+08:00
Subject: Canai & Joyah Neutering Subsidy
To: chankahyein <chankahyein@gmail.com>Hai Dr.Chan,pada hari sabtu baru2 ini 3/9/2016,saya telah membawa 2ekor kucing untuk dimandulkan. Seekor yg bernama Canai adalah rescued kitten manakala lagi seekor bernama Joyah pula untuk saya TNRM. Saya akan terus membela Canai secara indoor manakala Joyah pula akan saya lepaskan semula di luar rumah apabila sudah lengkap 3kali vaksin.Canai saya jumpa semasa sedang makan di kedai mamak. Dia sangat kecil & hanya duduk di tengah jalan. Sudahlah warnanya yg comot seakan2 sama seperti warna lantai,jika saya tidak mengambilnya,pasti akan ada org terpijak dia. Saya bagi dia roti canai,habis dia makan,jadi saya namakan dia Canai.Joyah pula tiba2 datang ke rumah saya pada 3minggu lepas dengan keadaan penuh gam tikus,habis hitam badan dia. Saya mandikan & bercadang untuk TNRM shj kerana dia pun tidak lah terlalu kecil seperti canai. 2minggu dari skrg adalah vaksin ke2 joyah. Canai telah lengkap 3kali vaksin.Kebetulan saya ternampak iklan promosi pemandulan di dengkil,maka saya rebut peluang itu. Tempatnya adalah di petshop,akan tetapi memang ada sekumpulan doktor veterinar yg menjalankan pembedahan. Kedua2 mereka saya buat ear-tipping.Saya berhasrat ingin memohon subsidy untuk Canai & Joyah iaitu sebanyak RM10(canai) & RM30(joyah) total adalah RM40,terima kasih Dr.Chan 🙂![]()

