We are introducing something new – Project-Based Applications!
Sukacita dimaklumkan pelan baru – Permohonan berdasarkan projek.
This special provision is for caregivers who want to do the neutering of a certain colony with a fixed number of animals, in a short time.
Peruntukan khas ini adalah untuk penjaga yang ingin memandulkan suatu koloni dengan sesuatu bilangan haiwan dalam masa yang singkat.
Our current policy only allows a claim for a maximum of 3 animals per week, but if there is an urgency to do more to stabilise a colony quickly, we now have this provision to help. However, it is still dependent on fund availability.
Polisi kami hanya membenarkan permohonan bantuan pemandulan untuk maksimum 3 haiwan seminggu, tetapi sekiranya anda perlu menstabilkan sesuatu koloni dengan segera, kami boleh bantu, tepulang kepada dana yang sedia ada.
So, if you have an urgent need to do more than 3 animals per week, please write to me at chankahyein@gmail.com to check the requirements to qualify for this “Project-Based Applications”. We will definitely need proof of the colony, so photographs would be needed.
Jadi, sekiranya anda perlu memandulkan lebih daripada 3 haiwan dalam seminggu, sila tulis emel kepada saya di chankahyein@gmail.com untuk maklumat lanjut tentang permohonan berdasarkan projek ini. Kami perlukan bukti gambar tentang bilangan haiwan dalam koloni.
Please note that photographs sent to us will be kept confidential and we will never reveal your exact location to anyone. Only photographs which do not reveal any landmarks may be published for accountability.
Sila maklum segala gambar yang dihantar kepada kami akan dirahsiakan supaya lokasi tepat anda tidak akan dinyatakan. Hanya gambar yang tidak menonjolkan lokasi tepat akan dipaparkan untuk tujuan kebertanggungjawaban penggunaan dana.
We are also pleased to announce that applicants who have previously voluntarily “graduated” themselves out of goodwill (when we were severely lacking in funds) and who have maintained that goodwill and friendship with us are also invited to reapply for project-based applications!
Sukacita juga dimaklumkan yang pemohon dahulu yang dengan sukarela tidak memohon lagi (sewaktu dana kami tidak mencukupi) tetapi tetap mengekalkan persahabatan dengan kami akan dijemput memohon semula untuk permohonan berdasarkan projek ini.
This special provision is totally dependent on fund availability.
Peruntukan khas ini adalah bergantung kepada dana yang sedia ada.