We have provided a full sponsorship of RM80 for the neutering of this male cat.
Puan Fadziliyaton submitted claims for 2 females and 1 male but the 2 females’ ears were not notched, so we are unable to help.
She has provided updates of her previous cats later (since 2017).
Selamat petang Doktor Chan,Saya ingin memohon subsidi pemandulan untuk 3 ekor kucing jalanan seperti gambar terteraBersama ini saya sertakan salinan borang permohonan dan resit untuk tindakan selanjutnya.Sekian, terima kasihKucing jalanan tersebut telah saya selamatkan dari pasar dalam keadaan sakit mata dan selsema yg teruk. Sila Abaikan tuntutan 2 ekor kucing betina seperti gambar di kolaj semalam kerana telinga mereka tidak di snip. Jika ingin di snip kos tersebut perlu di bayar semula kerana perlu di bius semula.Sekian, terima kasihYang BenarFADZILIYATON BINTI LAJIM
Previous cats:
Ye saya telah menerima bantuan subsidi dari My AnimalCare untuk pemandulan 9 ekor kucing. Bantuan tersebut amat saya hargai.Status kucing-kucing tersebut adalah seperti berikut:-1. Ngango (dalam jagaan saya) April 20172. Olie (mendapat penjaga baru) April 20173. Joya (dalam jagaan saya) Julai 20174. Che Ta (dalam jagaan saya ) Julai 20175. Tami (dalam jagaan saya ) Julai 2017
6. Capuk(telah mati mengejut) Sept 20177. Teja (telah mati mengejut) Sept 20178. Jery (mendapat penjaga baru) Nov 20179. Tuah ( dalam jagaan saya) Nov 2017Bersama ini di sertakan gambar 5 ekor kucing yang masih dalam jagaan saya. Mohon maaf tiada gambar kucing yang telah mati dan yang dalam jagaan penjaga baru.Terima kasih atas perhatian dan bantuan Doktor. Segala kerjasama amat saya hargai.semasa kematian Capuk dan Teja saya berada di luar kawasan,Mereka mati di awal tahun 2018. Teja mati selepas sehari kematian capuk. Sebelum kematian, mereka dalam keadaan sihat sahaja dan saya lepas kan bebas di luar rumah. Semua kucing yang saya mandulkan saya akan pastikan diberi vaksin terlebih dahulu. Setelah mati kakak saya menanam bangkai mereka, Oleh itu saya tidak mengetahui punca sebenar kematian mereka. Hanya itu yang dapat saya maklumkan buat pengetahuan doktor.
![]()


