We have fully sponsored RM160 for the neutering of these 2 cats.
Updates on the previous cats are below.

Saya Zuzilawati Binti Othman, tinggal di Cheras ada membuat pemandulan dua ekor kucing jalanan ( 1 jantan dan 1 betina). Kucing ini dijumpai di kawasan Taman Rekriasi Alam Damai, Cheras dan dianggarkan berusia sekitar 8 bulan(jantan) dan 10 bulan (betina) ketika saya memberi makanan di kawasan tersebut. Kucing ini telah Dimandulkan dan akan dijaga di rumah saya bersama kucing lain yang saya telah selamatkan sebelum ini.
Di sini saya lampirkan beberapa dokumen untuk pengesahan doktor.
Saya sertakan juga gambar terkini 2 ekor kucing yang telah saya mandulkan terdahulu dan saya jaga di rumah saya. Mueza(putih) dan Fify(hitam putih) seperti dilampirkan.
Pada masa ini saya ada 4 ekor yang saya jaga… mueza, fify, ompok dan Yen.
Dalam masa terdekat ni saya tiada rancangan untuk mandulkan lain2 kucing kerana daripada pemerhatian saya, kucing yang ada sewaktu saya beri makan masih kitten (belum sampai masa sesuai untuk mengawan), sekiranya ada terjumpa kucing yang besar yang memungkinkan mereka akan mengawan baru saya akan mandulkan nanti.
Terima kasih.
Yang benar,
Zuzilawati Binti Othman

