We have subsidised RM170 for the spaying of 1 female cat and neutering of 1 male cat.
From: muhd fadlullah
Date: 2015-07-12 17:50 GMT+08:00
Subject: TNRM neutering subsidy
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>Hai Dr.Chan,saya harap anda berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.
Pada 07/07/2015,saya telah mengambil seekor stray cat di pondok pengawal pejabat daerah port dickson.Lebih kurang 3bulan lepas,saya telah perasan bahawa stray cat tersebut telah beranak di dalam longkang bertutup.Akibatnya,walaupun stray cat tersebut jinak,akan tetapi 2ekor anaknya adalah sangat liar.
Saya seringkali beri mereka makan kibbles di situ,pengawal keselamatan di situ juga sukakan mereka.Setelah saya pasti bahawa anak2 nya telah cukup besar(3bulan) saya decide untuk membawa ibunya untuk dimandulkan.Saya namakan stray cat tersebut Oreo.Pada tengahari 07/07/2015,saya telah membawa Oreo ke vet,malangnya doktor mengesahkan bahawa Oreo telah pregnant.
Saya tidak berpuas hati kerana saya telah budget masa betul2,mustahil Oreo boleh pregnant,maka pada 09/07/2015 saya telah membawa Oreo ke Klinik Haiwan di Rahang yg agak jauh daripada rumah saya,untuk membuat ultrasound.Selepas membuat ultrasound,doktor mengesahkan Oreo tidak pregnant akan tetapi ia adalah banyak lemak,jadi mungkin doktor di port dickson menganggap lemak tersebut sebagai fetus.
Oleh sebab saya telah puasakan Oreo dari malam sebelumnya,jadi saya terus menyuruh Dr membuat pemandulan & ear-tipping.Cas untuk neutering adalah RM140 manakala cas untuk ultrasound pula adalah RM40.
Lebih kurang 2minggu dari sekarang,saya akan membawa Oreo untuk divaksinkan & 3hari selepas itu saya akan melepaskannya semula ke pondok pengawal tersebut.Jika saya berjaya menangkap 2ekor anaknya itu,saya juga akan membuat TNRM kepada mereka sekiranya umur mereka telah cukup untuk dimandulkan.
Pada tengah malam 08/07/2015 semasa saya sedang feed strays di kedai makan yg tutup,seekor kucing berwarna oren telah datang kepada saya.Saya namakannya Ogheng.Pada mulanya Ogheng masih takut2 akan tetapi dia tetap mahu makan.Setelah beberapa minit memujuknya,saya berjaya memegang & mengusap badannya,selepas itu dia tidak takut2 lagi bahkan sangat manja.Maka saya decide untuk TNRM kannya supaya dia lebih sihat.Saya pun membawanya balik & mula puasakan dia.
Pada 09/07/2015 tengahari,saya telah membawa Ogheng untuk dimandulkan.Ogheng adalah jantan.Vet juga telah berjaya membuat ear-tipping kepadanya.
Beberapa hari dari sekarang,saya akan membawa Ogheng untuk divaksinkan & melepaskannya semula ke kedai makan tersebut 3hari selepas divaksinkan.
Saya ingin memohon subsidy pemandulan untuk 2ekor kucing yg saya TNRM kan ini,terima kasih Dr.Chan 🙂


