We have sponsored RM100 for the spaying of Buntat. Buntat was spayed during the surgery to address the pyometra.
From: Urul Ezah
Date: 2015-07-31 22:29 GMT+08:00
Subject: Permohonan subsidi untuk pengkasian kucing
To: Chankahyein@gmail.comHi Dr.Chan,
Saya Nurul Izzah bt Izharin Selvannadan, saya ingin bertanya adakah saya layak memohon subsidi jika saya telah melakukan pengkasian ke atas kucing betina yang menghidapi penyakit ‘ Pyometra’?Untuk pengetahuan Doktor, Kucing ini saya temui pada 3/11/2014. Sewaktu itu dia berumur dalam 2 minggu. Dalam hujan lebat, dia muncul dihadapan rumah saya dan saya terus ambil serta jaga dia sehingga sekarang. Saya namakan dia ‘Buntat’ yang dulu penuh dengan kutu dijaga rapi dan divaksinkan sepenuhnya. Buntat merupakan kucing jalanan yang berbaka Domestic Short Hair. Tetapi malangnya, pada 30/7/2015 Buntat tiba-tiba mengalami pendarahan dan nanah di salur kencingnya, disebabkan bimbang dengan keadaan dia saya terus membawa dia ke klinik Haiwan di Kuantan. Dr mengesahkan Buntat menghidapi ‘Pyometra’ dan rawatan yang terbaik adalah membuang ketumbuhan didalam rahimnya serta melakukan pengkasian. Demi menyelamatkan nyawa Buntat, saya bersetuju meneruskan rawatan dan pembedahan. Walaupun kosnya amat tinggi iaitu rm397.50, tetapi nasib saya baik kerana membawa Buntat cepat ke klinik, selepas selamat melakukan pembedahan dan pengkasian, Dr mengatakan ketumbuhannya sebesar jari telunjuk dan bila-bila masa sahaja boleh pecah.Saya berharap Doktor dapat membantu saya kerana kewangan saya masih tidak stabil dan saya ingin melakukan pengkasian terhadap 3 ekor lagi kucing betina jalanan yang saya bela demi kesihatan mereka.Sekian,
Nurul.

