Neutering aid for 5 cats in Shah Alam (Noor Fatin Hanim bt Mohd Tuhimun’s)

We have fully sponsored RM500 for the spaying of these 5 female cats.

From: rin
Date: 2015-09-07 10:25 GMT+08:00
Subject: Re: PERMOHONAN SUBSIDI PEMANDULAN.
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>

PER : PERMOHONAN SUBSIDI PEMANDULAN UNTUK KUCING.

Hi Dr Chan.

Nama saya Noor Fatin Hanim Binti Mohd Tuhimun berasal dari Klang Selangor bekerja sebagai Pembantu Kerani di sebuah syarikat swasta. Saya mempunyai 35 ekor kucing di rumah yang dimana rata rata mereka saya adopt dan rescue sakit dan cedera di jalanan. Kos perbelanjaan makanan seperti kibbles/wetfood, ubat ubatan serta supplement multivitamin untuk mereka sebulan mencecah RM600.00 . Dengan pendapat bulanan saya yang tidak seberapa juga perlu membayar sewa rumah serta kereta, saya dengan rasa rendah diri memohon bantuan subsidi pemandulan dari pihak Tuan untuk  mengelakkan daripada kucing-kucing yang saya rawat ini membiak dengan banyak serta tidak terkawal.

Sepuluh dari mereka telahpun saya mandulkan. Saya memohon bantuan untuk memandulkan 25ekor lagi kucing di atas jagaan saya secara bergilir-gilir sebanyak 5 ekor setiap bulan. Dengan bantuan subsidi yang saya terima, saya amat berharap saya dapat membela nasib kucing-kucing jalanan ini dari terus membiak.

Disini saya lampirkan bersama gambar 5 ekor di antara 25ekor yang masih belum dimandulkan.

LAURA ialah kucing betina dari baka Bengal Marble yang saya selamatklan daripada anjing liar di kasawan perkilangan di Pandamaran Klang. Keadaan Laura saat itu sangat kurus serta penuh luka-luka dibadan serta kaki berkemungkinan di gigit anjing liar. Saya telah membawa Laura ke veterinar untuk mendapatkan rawatan dan kini beliau telah pulih sepenuhnya.

YAYA ialah kucing betina dari baka Domestic Long Hair (DMH) disyaki dibuang di hadapan rumah saya setahun yang lalu. Sewaktu dibuang, badan Yaya dipenuhi fungus sehingga bulu-bulunya gugur teruk. Selain itu Yaya turut menghidap selsema yang teruk serta sakit mata. Kini Yaya sihat sepenuhnya setelah diberi rawat.

BELLA, SOPHIE dan LUNA  ialah kucing betina dari baka Domestic Short Hair (DSH) yang dibuang jiran saya sewaktu mereka berusia 3bulan dengan alasan tidak mahu lagi memelihara mereka kerana jiran saya mempunyai anak kecil yang berpenyakit asma. Sewaktu dibuang, mereka 5beradik telah saya adopt. Tetapi 2 daripadanya telah mati akibat virus Parvo. Dan 3 daripada mereka iaitu LAURA, LUNA dan BELLA terselamat dari virus tersebut setelah diberikan rawatan di klinik vet.

Sekiranya permohonan saya diluluskan, saya akan membawa baki 20ekor lagi yang masih belum dimandulkan. Saya amat berharap permohonan saya diluluskan demi menjaga kebajikan kucing-kucing jalanan ini dari terus membiak. Sekian Terima Kasih.mini-RIN 1 mini-RIN 3 mini-PhotoGrid_1441602345932 mini-PhotoGrid_1441602399782 mini-PhotoGrid_1441602425936 mini-PhotoGrid_1441602458268 mini-PhotoGrid_1441602478860


Posted

in

by

Tags: