Neutering aid for 6 cats in Batu Caves (Zaharatul Norimayati bt Zainal Mustapha’s)

We have sponsored RM360 for the neutering of these 6 cats.

Hello Doktor Chan,

Berikut adalah butiran 6 ekor kucing yang saya telah kembirikan di klinik di Seri Kembangan Selangor PADA 21/7/2017
1. TOM – BETINA (umur lebih kurang setahun setengah).
Jumpa di belakang kedai di Batu Caves. TOM kerap mengandung. selalu jumpa dia bersama anak-anak baby dan anaknya banyak mati dilanggar waktu malam. selalu jumpa bangkai anaknya waktu pagi. akhirnya saya ambil dia semasa dia baru beranak lagi 5 ekor. saya ambil dan jaga di rumah dalam sangkar bimbang dia mengandung lagi. selepas anaknya berusia 4 bulan saya hantar TOM ke klinik untuk kembiri. saya masih jaga TOM sehingga sekarang. kasihan nak biarkan tiada makan. anaknya yang 5 ekor akan saya kembiri pada bulan hadapan.
2-5. ADEK, KAKAK -BETINA, PINK & BLUE – JANTAN  (umur lebih kurang 7 bulan).
Jumpa Ibunya merayau dan mengandung di Batu Caves. saya tak sampai hati dia berkurap teruk dan mengandung. saya bawa balik ibunya dan beranak di rumah saya, lahir 4 ekor anak. ADEK, KAKAK, PINK & BLUE. setelah mereka berumur 5 bulan, saya hantar ibunya untuk kembiri. dan sekarang saya hantar semua pula untuk kembiri. Sehingga sekarang saya menjaga mereka 4 ekor. ADEK, KAKAK, PINK & BLUE.
6.  GUCCI – Jantan
Jumpa dia ketika baru lahir 1 bulan. merayau kurus di batu caves dan masih baby dan telah hilang ibu. saya bawa pulang kini sudah besar dan gemuk. Sehingga sekarang saya menjaganya.
Terima Kasih banyak Doktor Chan yang mulia telah buat subsidi seperti ini. saya akan dapat bantu lebih banyak kucing yang gelandangan (stray).
Disini juga saya sertakan 6 resit kembiri untuk perhatian Puan Doktor .

Posted

in

by

Tags: