Medical Aid

This page was updated on 22nd May 2024. Laman ini dikemaskini pada 22hb Mei 2024. 
Contact (Hubungi): Dr Chan Kah Yein at chankahyein@gmail.com or animalcare.my@gmail.com.

We only communicate in English and Bahasa Malaysia.  
Kami hanya berkomunikasi di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

This medical aid is generally limited only to rescue-for-neutering cases.
Bantuan perubatan ini pada amnya hanya terhad bagi kes penyelamatan-untuk-pemandulan. 

We reserve the sole discretion to offer an extraordinary provision of this Medical Aid in special circumstances if the need arises.
K
ami mempunyai budi bicara mutlak untuk menawarkan peruntukan luar biasa Bantuan Perubatan ini untuk keadaan khas jika perlu.

Medical aid for rescue-for-neutering cases
Bantuan perubatan untuk kes penyelamatan-untuk-pemandulan

If a medical issue is identified during the rescue for neutering or during the neutering procedure of a newly-rescued animal and needs to be treated, you may apply for this Medical Aid provided you look after the animal yourself. To apply for this aid, please submit a report from the vet on the medical condition of the animal and the treatment provided. Approval of the aid and the amount offered are purely at our discretion and depends on fund availability.
Sekiranya sesuatu isu perubatan dikenalpasti semasa haiwan diselamatkan untuk pemandulan atau semasa prosedur pemandulan haiwan yang baru diselamatkan dan perlu dirawati, anda boleh mohon untuk Bantuan Perubatan ini dengan syarat anda sendiri menjaga haiwan tersebut. Untuk permohonan ini, sila kemukakan laporan daripada doktor tentang keadaan haiwan yang dirawati serta rawatan yang diberikan. Kelulusan bantuan ini serta jumlah yang ditawarkan adalah semata-mata di bawah budi bicara kami dan bergantung kepada ketersediaan dana. 

This Medical Aid is only available if applied concurrently with the Neutering Aid for the same animal when newly rescued. Please read our Neutering Aid policy first. All the policies for the neutering aid apply for this medical aid too.
Bantuan Perubatan ini hanya boleh dimohon serentak dengan Bantuan Pemandulan untuk haiwan yang sama apabila haiwan tersebut baru diselamatkan. Sila baca polisi Bantuan Pemandulan dahulu. Semua polisi untuk bantuan pemandulan berkuatkuasa untuk bantuan perubatan ini juga. 

If the medical issue needs to be treated before the animal can be neutered, we will generally only pay out our medical aid AFTER the animal is eventually neutered. Kindly request the vet to give an estimated duration for the recovery from the medical condition before the animal can be neutered.
Jika isu perubatan perlu dirawat sebelum haiwan itu boleh dimandulkan, pada amnya, kami hanya akan membayar bantuan perubatan selepas haiwan itu dimandulkan. Sila mohon doktor haiwan untuk memberikan anggaran tempoh untuk pemulihan daripada isu perubatan sebelum haiwan itu boleh dimandulkan. 

For the treatment of the medical issue, please request for an itemised estimated cost and the prognosis for recovery.
Untuk rawatan perubatan, sila dapatkan anggaran kos terperinci dan prognosis untuk pemulihan. 

To apply for our aid, please get the procedure done and pay first, then only claim. Claim approval and amount is subject to compliance to all the stated policies and fund availability.
Untuk memohon bantuan kami, sila selesaikan prosedur dan bayar dahulu, kemudian baru tuntut. Kelulusan dan jumlah tuntutan adalah tertakluk kepada pematuhan kepada semua polisi yang tertera serta ketersediaan dana.

We reserve the right and sole discretion to reject receipts from certain clinics. So please check with us before you send your animal to a clinic if you intend to apply for our aid. 
Kami mempunyai hak mutlak untuk menolak resit daripada klinik tertentu. Oleh itu, sila semak dengan kami sebelum anda menghantar haiwan anda ke mana-mana klinik jika anda berhasrat untuk memohon bantuan daripada kami. 

All procedures must be done by a registered vet at a clinic in accordance with the Veterinary Surgeons Act 1974.
Semua prosedur mesti dilakukan oleh doktor haiwan berdaftar di klinik mengikut Veterinary Surgeons Act 1974

We value honesty, sincerity and courtesy.
Kami menghargai kejujuran, keikhlasan dan kesopanan.

Medical Aid offer: The amount of aid for medical treatment is subject to availability of funds and will not cover the full charges. The maximum claimable amount per week is 3 animals per applicant. Every applicant is also subject to a maximum total amount claimable through our Neutering, Vaccination and Medical Aid.
Bantuan Perubatan yang ditawarkan: Jumlah bantuan untuk rawatan perubatan adalah tertakluk kepada dana yang sedia dan tidak akan menampung caj penuh. Bantuan maksimum yang boleh dimohon oleh setiap pemohon ialah 3 haiwan seminggu. Setiap pemohon adalah tertakluk kepada suatu jumlah maksimum yang boleh dimohon daripada Bantuan Pemandulan, Vaksinasi dan Perubatan. 

Each application will be carefully considered and processed only upon receipt of full documentation. Depending on the availability of funds, the amount awarded may vary from time to time, in which case we reserve the right to make these changes without explanation or prior notice. We also reserve the full and absolute discretion to reject applications that do not meet our internal checks and requirements. Please review our policies regularly to keep yourself informed.
Setiap permohonan akan dipertimbangkan dengan cermat dan diproses hanya jika dokumentasi penuh diterima. Amaun yang kami bayar bergantung kepada dana yang kami ada, dan amaun ini mungkin berubah dari masa ke semasa. Kami berhak membuat sebarang perubahan tanpa memberi sebab atau notis terlebih dahulu. Kami juga mempunyai hak penuh dan mutlak untuk menolak sebarang permohonan. Sila semak polisi kami dengan kerap untuk mengetahui sebarang perubahan.  

The form can be filled up here:
Borang boleh diisi di sini:
AnimalCare MEDICAL AID form

Failure to abide by any of our requirements may result in the rejection of your application.  
Kegagalan mematuhi mana-mana syarat boleh mengakibatkan penolakan permohonan anda.  

After receiving our aid, if you have a Facebook or any social media page, we would deeply appreciate it if you post the link of the aid on your page for transparency and accountability. 
Selepas menerima bantuan kami, sekiranya anda mempunyai laman Facebook atau sebarang laman sosial media, kami berharap anda sudi paparkan pautan tentang bantuan ini untuk tujuan ketelusan dan akauntabiliti. 

Sample photos with explanatory captions:
Sampel gambar dengan kapsyen penjelasan: 

The two samples below were taken from our cases way back in 2009. Please be informed that as of 15th December 2018, ear-notching is compulsory for all neutered animals (males and females) if you wish to apply for our aid. The ear-notch is to ensure that the animal is easily identifiable on sight as a neutered animal and will not be mistakenly operated on again. 
Kedua-dua sampel di bawah adalah diambil daripada kes-kes terdahulu pada 2009. Harap maklum bahawa semenjak 15hb Disember 2018, takuk telinga adalah wajib untuk semua haiwan yang dimandulkan (jantan dan betina) sekiranya anda ingin memohon bantuan kami. Takuk telinga ini adalah untuk memastikan supaya haiwan yang telah dimandulkan mudah dikenalpasti dan tidak akan tersilap dibedah lagi.  

Angel, rescued cat with a damaged eye:

Retro-Girl, rescued dog with TVT:

If you are able to re-donate to our Fund to, in turn, help the next animal, your donation, big or small, is highly appreciated. One good turn deserves another.
Sekiranya anda sudi memberi sumbangan ikhlas kepada dana kami untuk membantu haiwan-haiwan lain, sumbangan anda, tidak kira besar atau kecil, amat kami hargai.

To pay it forward: https://animalcare.my/donate/
Sedekah ke hadapan: 

For full policies: https://animalcare.my/policies/
Polisi lengkap:

For more information, please write to chankahyein@gmail.com or animalcare.my@gmail.com. 
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi chankahyein@gmail.com atau animalcare.my@gmail.com. 

Together, we help the street animals achieve better wellbeing.
Marilah kita bersama-sama membantu haiwan jalanan serta meningkatkan kebajikan mereka.

Thank you. 
Terima kasih.