We have fully sponsored RM600 for the spaying of these 6 female cats.
From: muhd fadlullah <muhdfadlullah92@gmail.com>
Date: 2015-08-21 15:17 GMT+08:00
Subject: TNRM Subsidy
To: Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>Hai Dr.Chan,pada 18/8/2015 iaitu hari SELASA,saya telah membawa 6ekor stray cats untuk dimandulkan di bawah kempen TNRM.
6ekor stray cats tersebut telah ditangkap oleh saya sendiri satu hari sebelumnya iaitu hari ISNIN 17/8/2015 di pasar basah port dickson.Saya telah puasakan mereka semalaman.
Jika sebelum2 ini saya banyak menghantar kucing2 jantan untuk TNRM,tetapi pada kali ini,saya fokus hanya kepada kucing betina yang saya rasa tidak pregnant dengan melihat pada badan mereka yang tidak besar.Selain itu,saya juga melihat pada puting(nipples) mereka.Jika tiada kesan seperti babycats sedang menyusu,maka saya ambil.
Pada hari selasa tersebut,saya telah menghantar kucing2 tersebut pada sebelah pagi & memberitahu vet bahawa saya ingin mengambil mereka semula pada sebelah petang supaya saya tidak di cas boarding,sama seperti yg saya buat sebelum2 ini.Akan tetapi,pada petang tersebut,vet memberitahu bahawa salah seekor daripadanya iaitu yg saya namakan Longan,adalah pregnant & tidak boleh neuter.5ekor yg lain iaitu Durian,Mangga,Tembikai,Manggis & Pulasan telah selamat neuter.
Saya telah pun membayar penuh kos neuter 6ekor kucing2 tersebut iaitu RM600.Jadi saya beritahu vet PD bahawa saya akan membawa Longan untuk ultrasound di vet Senawang,dan jika vet senawang mengesahkan bahawa Longan tidak pregnant,maka saya akan membawa semula ke vet PD utk neuter kerana saya telah pun membayarnya.
Vet PD tiada mesin ultrasound,jadi mereka hanya periksa Longan dgn hanya memicit2 & menekan2 perutnya,jadi saya kurang yakin.Kos ultrasound Longan iaitu RM50 ditanggung sepenuhnya oleh saya.Keputusan ultrasound mengesahkan bahawa Longan TIDAK pregnant,akan tetapi urinary bladder nya adalah penuh dgn urine.Saya membawa Longan utk ultrasound pada hari KHAMIS 20/8/2015.
Sebaik sahaja selesai ultrasound,saya terus menghantar Longan ke vet PD utk neuter kerana saya telah puasakan dia semalaman.
Maka kesemua 6ekor stray cats tersebut telah selamat neuter & berada dalam jagaan saya selama at least 2minggu sebelum saya melepaskan mereka semula ke pasar basah PD.Minggu hadapan,saya akan bawa mereka untuk vaksin 1kali.
Saya berhasrat ingin memohon subsidy pemandulan untuk 6ekor kucing betina ini.
Lebih kurang sebulan dari sekarang,saya akan berpindah ke Kajang,jadi saya rasa ini adalah penutup kepada kempen TNRM saya di PD.Saya amat sedih akan tetapi hidup perlu diteruskan.Saya berharap akan ada lagi orang lain yg meneruskan usaha TNRM ini selepas saya berpindah.Mungkin selepas ini saya boleh memulakan kempen TNRM di kajang pula,selepas semuanya stabil.
Terima kasih Dr.Chan







Comments
One response to “Neutering aid for 6 cats in Port Dickson (Muhd Najib Fadlullah bin Ilias’)”
Bravo to Najib.. good job. Thank you for your effort