We have provided an aid of RM200 for the spaying of this female dog, Lucy.
This is a first application. Puan Mazleena will be getting Leo (the male dog) neutered next month. Both were rescued as puppies in May this year.

This is the write-up from Puan Mazleena:
Saya ingin menceritakan serba sedikit kisah bagaimana saya menyelamatkan dua ekor anjing tempatan (local breed) ini yang kini saya beri nama Lucy (betina) dan Leo (jantan). Pada 16 Mei 2026 yang lalu, saya telah menjumpai dua ekor anak anjing ini terbiar di Kawasan kedai di Kuala Kurau, Bagan Serai. Ketika itu, mereka dianggarkan baru berusia sekitar 2 minggu dan kelihatan ditinggalkan begitu sahaja. Keadaan pada hari tersebut amat meruntun jiwa kerana hujan turun dengan sangat lebat. Melihat fizikal mereka yang masih kecil, kesejukan, dan tanpa perlindungan, saya tidak sampai hati untuk membiarkan mereka meniti maut di situ. Tanpa berfikir panjang, saya mengambil keputusannya untuk membawa mereka pulang ke rumah.
2 Sepanjang menjaga mereka, saya telah membesarkan, memberi makan, serta menghantar mereka untuk suntikan vaksin dan membuat permohonan lesen rasmi daripada pihak berkuasa tempatan(Majlis Daerah Kerian). Langkah ini saya ambil bagi memastikan keselamatan mereka terjamin, menjaga kebersihan, dan mengelakkan sebarang gangguan atau ketidaksenangan dalam kalangan jiran tetangga di kawasan kampung.
3. Kini, kedua-duanya ditempatkan di dalam kawasan kebun berhampiran rumah saya. Walaupun saya sendiri berhadapan dengan kekangan kewangan dan hidup biasa di kampung, saya tetap berkongsi apa sahaja rezeki yang saya ada demi menyara kehidupan mereka. Kasih sayang saya pada mereka makin mendalam dari hari ke hari apabila melihat mereka membesar dengan gembira, mesra, dan hidup berkawan baik secara harmoni bersama haiwan ternakan lain seperti ayam dan itik di dalam kawasan kebun. Bagi memastikan kebajikan mereka, saya juga telah menyediakan tempat tinggal yang selamat untuk mereka berteduh.
4 Perancangan utama saya adalah untuk menjaga mereka di kawasan kebun ini secara selamat dan berdisiplin tanpa mendatangkan bahaya kepada sesiapa. Namun begitu, saya sedar sekiranya mereka
tidak dimandulkan, mereka akan beranak pinak dan keadaan ini pasti di luar kemampuan saya untuk menanggungnya.
5. Disebabkan kos pembedahan mandul di klinik tempatan yang agak tinggi, saya telah berusaha meminjam duit terlebih dahulu untuk memandulkan Lucy pada 16 Oktober 2026 yang lalu kerana khuatiran berlakunya pembiakan liar. Manakala untuk Leo, saya bercadang untuk memandulkannya sebaik sahaja ada kewangan yang mencukupi (dijadualkan pada 4 November 2026).
6. Sehubungan dengan itu, saya dengan penuh rasa rendah diri memohon ihsan dan pertimbangan pihak AnimalCare untuk memberikan bantuan/subsidi pembedahan pemandulan bagi Lucy dan juga Leo. Bantuan daripada pihak tuan/puan amatlah berharga buat saya agar modal yang dipinjam dapat dijelaskan dan urusan mandul Leo dapat diteruskan tanpa halangan.
Saya lampirkan resit dan gambar sebagai sokongan dan bukti kembiri mereka.
Segala keprihatinan, bantuan, dan jasa baik pihak tuan/puan dalam menyokong usaha kecil saya ini amat saya hargai dan dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang benar,
Mazleena

Leave a Reply