An open letter to YB Nga Kor Ming, Minister of Local Government Development. Surat terbuka kepada YB Nga Kor Ming, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan

Dear Friends, Kindly help us to share this as widely as you can. The Bahasa Malaysia version is below.
This is also the original version that has been sent to the newspapers and other social media platforms.

AN OPEN LETTER TO YB NGA KOR MING, MINISTER OF LOCAL GOVERNMENT DEVELOPMENT

Dear YB Nga Kor Ming,

My name is Chan Kah Yein and I am the founder of AnimalCare Society Petaling Selangor (animalcare.my).

I write with the hope that you might consider our proposal and request to empower the community in managing the street animal population in their respective neighbourhoods.

As you are aware, currently street animals in our country are not often looked upon kindly by our society, especially by those who fear that animals may pose a danger to public health and safety. Hence, they are often regarded as “pests”. Worries and complaints include the rummaging for food in garbage bins, causing rubbish to be strewn about to the spread of diseases. They can also be perceived as a danger to pedestrians and motorists, especially at night as they roam about looking for food and may also cause accidents if they suddenly rush out onto the street.

Hence, there are clearly many people who are unhappy with or fearful of the presence of street animals and will complain to the authorities. Whenever there are complaints, these animals will be captured and destroyed by the local councils. This method has been implemented for decades and yet, it does not solve the problem nor control the street animal population. Capturing the animals and removing them from the community would only create a vacuum whereby new unneutered animals will enter and occupy the space. This is why the problem has never been effectively solved.

Putting these animals in shelters is also not a solution. How many shelters can we build? Many existing shelters are not only full to the brim but some are in very wanting conditions.

Animals are born to live freely on this earth. Where they are born is where they belong. This planet is their home too.

So, what works would be to get these animals neutered and returned to the colony to be managed by compassionate caregivers who will continue to feed and care for them. We coin this method CNRM which stands for Care-Neuter-Return-Manage, also universally known as TNRM (Trap-Neuter-Return-Manage). The neutered animals are ear-notched (please refer to attached photo) to indicate that they have been neutered and will not breed anymore. The ear-notch is done under anaesthesia during the neutering procedure itself. The neutered male animals can also be identified through the absence of the testicles. Neutering stops the breeding and thus, the population is controlled.

By controlling the population, it is very likely that there will be fewer complaints by the public. Those who previously feared or disliked the presence of street animals would also be happier as the population is now under control. They would feel more comfortable in their respective neighbourhoods. Additionally, it would prevent the spread of disease (if any), accidental bites and decrease the incidence of accidents when roaming strays run across the road. In time to come, maybe people might even begin to accept the presence of CNRM-animals more favourably and live in harmony with them.

The local council also saves money too as they would not have to pay the private dog catchers and save cost from maintaining the pounds before euthanising and disposing of the bodies. Funds then can be diverted to other public projects. For those who are religious, they will get their blessings for being kinder which will also translate to a better society. Animal lovers and street animal defenders will be the happiest of all. It truly is a win-win for everyone.

A good example of this is Turkey, especially in Istanbul where neutered street animals continue to live on the street but are managed by members of the community. Food stations are set up for these animals and they are neutered and vaccinated, all such efforts fully supported by the government. These animals do not harass people as they have been cared for by kind humans, and they do not roam around looking for food since they are being fed. Since the community manages these animals, they are also vaccinated, reducing the risk of disease. Most importantly, they prevent other strays from coming into their territories and since they have been neutered, their population does not increase and over time, the issue of stray animals is resolved. The Netherlands also successfully implemented their CNVR programme (Collect-Neuter-Vaccinate-Return) and as of 2016, they are the first country in the world to be stray-dog free but street cats are still allowed to roam freely on the street, neutered and vaccinated by the government. Nearer home, in Thailand, there is no catching policy of street animals by their government and their people are generally very kind to street animals too.

When leaders in the government formulate good and compassionate laws, the people are led by example. It is very empowering.

So, as a first step, we are only asking for one thing – would you please consider initiating a change and amendment in the local council by-laws of our country so that neutered street animals (those with the ear-notch and males without the testicles) will be spared from capture and destruction?  If these by-laws can be amended, it would make more sense and relief for us to continue getting street animals neutered (using our own funds) with the assurance that the neutered animals will not be captured by the councils anymore. Otherwise, it becomes a futile effort in us raising funds to neuter the animals only to have them captured and destroyed.

Since 2009, our society has provided financial aid for the neutering of a total of 11,182 street animals (and counting). Kindly refer to this: https://myanimalcare.org/category/aid-neuter/. Thus, we are not asking for funding, only the change in the by-laws so that our work will not lead to disappointment and futility. There are already communities of street animal feeders, rescuers and protectors who do this work. A change in the by-laws would further empower them to carry out their work more diligently and satisfyingly. It might even encourage more people to participate in this programme. The end result would be the fostering of a “masyarakat penyayang” which will augur well for our country.

As citizens, we would really like to see our elected representatives carry out changes that benefit everyone, humans and animals alike. After all, kindness transcends species.

YB, we look forward to hearing from you and to discuss this further as we believe that you have the country’s best interests at heart, especially with your ministry’s new seven resolutions of empowerment.

Thank you very much for your attention.

Best regards,
Dr Chan Kah Yein
on behalf of street animals in Malaysia
AnimalCare Society Petaling Selangor

 

SURAT TERBUKA KEPADA YB NGA KOR MING, MENTERI PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN

YB Nga Kor Ming yang dihormati,

Nama saya Chan Kah Yein dan saya adalah pengasas AnimalCare Society Petaling Selangor (animalcare.my).

Saya menulis dengan harapan YB sudi mempertimbangkan cadangan dan permintaan kami untuk memperkasakan masyarakat dalam menguruskan populasi haiwan jalanan di kawasan kejiranan masing-masing.

Seperti yang YB sedia maklum, pada masa ini haiwan jalanan di negara kita kurang dipandang baik oleh masyarakat, terutamanya oleh mereka yang takut bahawa haiwan boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan dan keselamatan awam. Oleh itu, haiwan sering dianggap sebagai “kacau-ganggu”. Aduan termasuk menyelongkar makanan di dalam tong sampah, menyebabkan sampah berselerak sehingga merebaknya penyakit. Mereka juga dilihat sebagai bahaya kepada pejalan kaki dan pemandu kenderaan, terutamanya pada waktu malam kerana mereka berkeliaran untuk mencari makanan dan juga mungkin menyebabkan kemalangan jika mereka tiba-tiba meluru keluar ke jalanraya.

Oleh itu, jelas terdapat ramai orang yang kurang berpuas hati atau takut dengan kehadiran haiwan jalanan dan akan mengadu kepada pihak berkuasa. Setiap kali aduan diterima, haiwan-haiwan ini akan ditangkap dan dimusnahkan oleh pihak berkuasa tempatan. Namun, kaedah ini tidak menyelesaikan masalahnya atau mengawal populasi haiwan jalanan. Menangkap haiwan dan mengeluarkannya daripada komuniti hanya akan mewujudkan ruang kosong di mana haiwan baru yang tidak dimandulkan akan masuk dan menduduki ruang itu.

Meletakkan haiwan ini di tempat perlindungan haiwan juga bukan cara penyelesaiannya. Berapa banyak tempat perlindungan yang boleh kita bina? Banyak tempat perlindungan yang sedia ada bukan sahaja penuh sesak tetapi ada yang berada dalam keadaan yang sangat memerlukan.

Haiwan jalanan dilahirkan untuk hidup bebas di bumi ini. Di mana mereka dilahirkan adalah tempat tinggal mereka. Bumi ini adalah kepunyaan mereka juga.

Oleh yang demikian, kaedah yang berkesan adalah untuk memandulkan haiwan-haiwan jalanan dan mengembalikan mereka ke koloni asal untuk diuruskan oleh penjaga yang mempunyai belas kasihan terhadap mereka. Penjaga-penjaga ini akan terus memberi makanan dan menjaga mereka. Kami memanggil kaedah ini CNRM yang bermaksud Care-Neuter-Return-Manage (Jaga-Mandul-Pulang-Urus), juga secara universal dikenali sebagai TNRM (Trap-Neuter-Return-Manage). Haiwan yang dimandulkan akan di”snip” (ditakuk) telinga (sila rujuk gambar yang dilampirkan) untuk menunjukkan bahawa mereka sudah dimandulkan dan tidak akan membiak lagi. Snip (takuk) telinga dilakukan di bawah bius semasa prosedur pemandulan itu sendiri. Haiwan jantan yang dimandulan juga boleh dikenal pasti melalui ketiadaan testis. Pemandulan menghentikan pembiakan dan dengan itu, populasi mereka akan terkawal.

Dengan mengawal populasi, kemungkinan besar aduan orang ramai akan berkurangan. Mereka yang sebelum ini takut atau tidak menyukai kehadiran haiwan jalanan juga akan lebih gembira kerana populasi kini terkawal. Mereka akan berasa lebih selesa di kejiranan masing-masing. Di samping itu, ia akan menghalang penularan penyakit (jika ada), gigitan tidak sengaja dan mengurangkan kejadian kemalangan akibat perayauan melintasi jalan. Mungkin orangramai akan mulai menerima kehadiran haiwan CNRM di kalangan mereka dan hidup secara harmoni bersama mereka.

Majlis tempatan juga menjimatkan wang kerana mereka tidak perlu lagi membayar penangkap anjing persendirian dan ini menjimatkan kos daripada menyelenggara pusat kurungan haiwan dan melupuskan mayat. Dana kemudiannya boleh dialihkan kepada projek awam yang lain. Bagi mereka yang beragama, mereka akan mendapat restu kerana berpeluang melakukan kebaikan dan ini akan juga akan menjalin masyarakat yang lebih baik hati. Pencinta haiwan dan pembela haiwan jalanan akan pasti sangat gembira juga. Ia benar-benar menang-menang untuk semua orang.

Satu contoh yang baik ialah negara Turki, terutamanya di Istanbul di mana haiwan jalanan yang dimandulakan terus hidup di jalanan dan diuruskan oleh ahli masyarakat. Stesen makanan disediakan untuk haiwan-haiwan ini dan mereka dimandulan serta diberi vaksin, semua usaha tersebut disokong sepenuhnya oleh kerajaan. Haiwan-haiwan ini tidak lagi mengganggu orang kerana mereka dipelihara oleh manusia yang baik hati, menerima jagaan yang baik, dan mereka tidak akan berkeliaran mencari makanan kerana mereka diberi makanan setiap hari. Mereka juga diberi vaksin dan ini mengurangkan risiko penyakit. Yang paling penting, mereka menghalang haiwan lain daripada masuk ke koloni mereka dan oleh kerana mereka telah dimandulkan, populasi mereka tidak meningkat. Dengan ini, isu haiwan terbiar dapat dibenteras dengan kaedah yang berperikemanusiaan. Negara Belanda juga berjaya melaksanakan program CNVR mereka (Collect-Neuter-Vaccinate-Return) dan mulai 2016, mereka adalah negara pertama di dunia yang bebas daripada anjing jalanan tetapi kucing jalanan masih dibenarkan berkeliaran dengan bebas di jalanan, dimandulkan dan divaksin oleh kerajaan. Jiran kami di utara, Negara Thailand, tidak ada polisi menangkap haiwan jalanan oleh kerajaan mereka dan rakyat mereka secara amnya sangat baik hati terhadap haiwan jalanan juga.

Apabila pemimpin kerajaan menggubal undang-undang yang baik dan penuh belas kasihan, rakyat diterajui oleh teladan. Ia sangat memperkasakan.

Jadi, sebagai langkah pertama, kami hanya meminta satu perkara daripada YB – sudikah YB pertimbangkan untuk meminda undang-undang by-laws majlis tempatan di negara kita supaya haiwan jalanan yang dimandulkan (yang bertakuk telinga dan jantan yang tidak ada testis) tidak akan ditangkap dan dimusnahkan lagi? Sekiranya undang-undang by-laws ini boleh dipinda, adalah lebih masuk akal dan melegakan bagi kami untuk terus memandulkan haiwan jalanan (menggunakan dana kami sendiri) dengan jaminan bahawa haiwan yang dimandulkan ini tidak akan ditangkap oleh majlis tempatan lagi. Jika tidak, ia menjadi satu usaha yang sia-sia serta menyedihkan bagi kami untuk mengumpul dana, berusaha memandulkan haiwan-haiwan ini dan majlis tempatan masih menangkap dan memusnahkan mereka.

Sejak 2009, persatuan kami telah menghulurkan bantuan kewangan untuk memandulkan sejumlah 11,182 haiwan jalanan (dan kerja kami masih berterusan). Sila rujuk ini: https://animalcare.my/category/aid-neuter/. Kami bukan memohon untuk sebarang pembiayaan daripada pihak kementerian YB, kami hanya memohon untuk pindaan dalam undang-undang by-laws supaya usaha kami tidak akan membawa kepada kekecewaan. Memang sedia ada komuniti penjaga haiwan jalanan, penyelamat dan pelindung yang melakukan usaha ini. Pindaan dalam undang-undang by-laws akan memperkasakan lagi mereka menjalankan usaha mereka dengan lebih bersungguh-sungguh dan memuaskan, malah mungkin menggalakkan lebih ramai orang untuk menyertai usaha ini. Hasil akhirnya akan memupuk masyarakat penyayang yang akan mengharumkan imej negara kita.

Sebagai rakyat, kami benar-benar mengharapkan ahli parlimen dan wakil rakyat kami melakukan perubahan-perubahan yang memberi manfaat kepada semua, manusia dan haiwan. Lagipun, baik-hati itu adalah nilai murni yang tidak hanya dihadkan kepada manusia sahaja.

YB, kami amat sangat berharap YB sudi mempertimbangkan dan membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut kerana kami percaya YB mengutamakan kepentingan terbaik untuk negara, terutamanya dengan tujuh resolusi baharu kementerian YB untuk memperkasakan rakyat.

Perhatian dan jasa baik YB didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar,
Dr Chan Kah Yein
bagi pihak haiwan jalanan di Malaysia
Persatuan Penyayang Haiwan Petaling Selangor
(AnimalCare Society Petaling Selangor)

 

 

 


Posted

in

by

Tags: