Memupuk masyarakat penyayang melalui pendidikan perikemanusiaan (surat terbuka kepada YB Pn Fadhlina Sidek dan YB Pn Lim Hui Ying). An open letter to the minister and deputy minister of education on including humane education into our school curricula

Dear Friends, We have written to the Minister and Deputy Minister of Education to suggest the inclusion of humane education into the school curricula. The English version is below the one in Bahasa Malaysia. If you agree with us, kindly help us share this open letter widely. Thank you.

Chan Kah Yein <chankahyein@gmail.com>
Date: Wed, 14 Dec 2022 at 07:25
Subject: Memupuk masyarakat penyayang melalui pendidikan berperikemanusiaan
To: fadhlinasidek@moe.gov.my <fadhlinasidek@moe.gov.my>, lim.huiying@moe.gov.my <lim.huiying@moe.gov.my>

Kepada YB Puan Fadhlina Sidek dan YB Puan Lim Hui Ying yang dihormati,

Izinkan saya memperkenalkan diri saya dan tujuan saya menulis kepada YB.

Nama saya Chan Kah Yein dan latar belakang profesional saya adalah dalam bidang pendidikan. Saya memiliki Doktor Falsafah (PhD) di dalam Pendidikan Matematik dan pengalaman mengajar selama 34 tahun sebelum bersara. Oleh itu, pendidikan adalah sesuatu yang amat penting dan dekat di hati sanubari saya.

Selain pendidikan, saya juga mempunyai niat dan keinginan yang mendalam untuk membantu haiwan. Saya adalah pengasas AnimalCare Society Petaling Selangor (animalcare.my). Fungsi utama kami adalah untuk menghulurkan dana bagi membantu pemandulan dan vaksinasi haiwan jalanan tetapi tujuan yang lebih penting adalah untuk memupuk semangat kebajikan terhadap haiwan menerusi pendidikan dan teladan.

Dalam pelaksanaan tugas kami, kami sering dihubungi pemilik haiwan peliharaan yang meminta nasihat tentang cara menguruskan haiwan peliharaan mereka. Terdapat juga kes pemilik haiwan peliharaan yang tidak lagi mahukan haiwan peliharaan mereka selepas tempoh keseronokan awal tamat atau apabila haiwan peliharaan mereka jatuh sakit atau berlanjut usia. Ini sering mengakibatkan pengabaian haiwan peliharaan. Tidak kurang juga kes pemilik haiwan peliharaan yang membuang haiwan peliharaan mereka (atau anak-anak haiwan peliharaan mereka) ke pasar, kedai makan ataupun di tepi jalan apabila mereka merasakan mereka tidak lagi mampu menjaga atau tidak mahu menjaga haiwan peliharaan mereka lagi. 

Ini mengakibatkan pertambahan bilangan haiwan jalanan dan apabila orangramai membuat aduan, haiwan-haiwan ini akan ditangkap dan dimusnahkan. Sebenarnya, banyak daripada “haiwan gelandangan” di kawasan bandar bukan haiwan yang dilahirkan gelandangan tetapi mereka adalah haiwan peliharaan yang diabaikan atau anak-anak kepada haiwan peliharaan yang diabaikan. Kejadian pengabaian begini sudah menjadi suatu penyakit sosial yang amat menyedihkan di dalam masyarakat moden kita sekarang. Oleh itu, Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Animal Welfare Act 2015 atau AWA2015) dirangka bertujuan untuk memupuk kebertanggungjawaban pemilikan haiwan peliharaan (responsible pet ownership). Tetapi, adakah para pemilik haiwan peliharaan akan membaca akta ini untuk menceduk pengetahuan yang diperlukan? Pemandulan haiwan peliharaan dan haiwan jalanan juga adalah kaedah yang amat berkesan untuk mengawal populasi haiwan jalanan. Pemandulan menghentikan pembiakan yang tidak diingini. Tetapi, ada juga pemilik haiwan peliharaan yang tidak sedari kepentingan serta kebaikan memandulkan haiwan peliharaan mereka. Bagaimanakah sumber pengetahuan ini boleh disalurkan kepada para pemilik haiwan serta orangramai?

Kita juga kadang-kadang membaca tentang bukan sahaja pengabaian malah penderaan haiwan, sama ada haiwan peliharaan atau haiwan jalanan. Terdapat juga pelbagai kekejaman yang dilakukan sehingga mengakibatkan kecederaan atau kematian terhadap haiwan. Dengan AWA2015 sekarang, hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas perbuatan jenayah sebegini. Hukuman yang lebih berat ini bertindak sebagai penghalang terhadap penderaan haiwan, tetapi cara yang lebih baik dan lebih berkesan untuk mengurangkan insiden sedemikian adalah dengan menanam semangat sayang dan kebertanggungjawaban terhadap haiwan dari awal. Di sinilah, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting. Pengetahuan memperkasakan kita.

Tujuan saya menulis kepada YB adalah untuk memohon sekiranya YB sudi memperkenalkan pengajaran-pembelajaran tentang cara menjaga haiwan di dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah supaya anak-anak kita akan dibimbing untuk menyayangi haiwan serta bertanggungjawab terhadap kebajikan mereka. Dengan nilai-nilai murni sebegini, sekiranya dipupuk dari rebung hidup seseorang, ia akan membina generasi masa depan yang lebih penyayang and bertanggungjawab.

Bukan sahaja haiwan akan mendapat manfaat daripada ini, malah kajian juga menunjukkan bahawa interaksi dengan haiwan boleh memupuk sikap empati, baik hati dan harga diri dalam kanak-kanak. Apabila kita memanfaatkan pertalian semula jadi dan kasih sayang kanak-kanak terhadap haiwan, kita boleh memupuk tingkah laku prososial yang akan membantu mereka menjadi warganegara yang positif dari segi sosial. Penyelidikan mengenai pemilikan haiwan peliharaan dan pembangunan sosial juga menunjukkan bukti korelasinya dengan peningkatan kecekapan sosial, perangkaian sosial dan interaksi sosial.

Walaupun seseorang itu mungkin tidak memilih untuk memelihara haiwan peliharaan, namun haiwan jalanan akan sentiasa menjadi sebahagian daripada mana-mana komuniti. Kemampuan hidup secara harmoni dengan haiwan jalanan adalah kemahiran hidup yang akan membantu dalam mewujudkan kehidupan yang aman untuk semua. Contoh yang baik ialah di negara Turki. Rakyat Turki memang bersikap penyayang terhadap haiwan jalanan. Mereka menyediakan stesen makanan untuk haiwan jalanan dan haiwan jalanan dimandulkan serta diberikan vaksin. Usaha murni ini dilakukan bersama oleh rakyat jelata serta kerajaan Turki.

Segala sifat kebaikan bermula daripada pendidikan.

Masa depan kita bergantung kepada anak-anak kita. Kita tidak mewarisi Bumi ini daripada nenek moyang kita; kita meminjamnya daripada anak-anak kita.

Kami sangat berharap agar YB sudi pertimbangkan cadangan kami ini. Kami percaya YB mampu mengukir masa depan anak-anak kita dan mempunyai kuasa untuk membuat perubahan yang patut untuk membina generasi masa depan Malaysia.

Sekian dahulu daripada kami.

Perhatian YB didahului dengan jutaan terima kasih.

Yang Benar,
Dr Chan Kah Yein
bagi pihak haiwan jalanan di Malaysia
Persatuan Penyayang Haiwan Petaling Selangor
(AnimalCare Society Petaling Selangor)

 

Dear YB Puan Fadhlina Sidek and YB Puan Lim Hui Ying,

My name is Chan Kah Yein and my professional background is in the field of education. I have a PhD in Mathematics Education and 34 years of teaching experience prior to my retirement. Hence, education is something very near and dear to my heart.

Besides education, I also have a passion for helping animals. I am the founder of AnimalCare Society Petaling Selangor (animalcare.my). We mainly provide financial aid to help in the neutering and vaccination of street animals but more importantly, we aim to inculcate kindness to animals through education and example of what we do.

In our work, we are often contacted by pet owners who write to seek advice on how to manage their pets. There have also been cases of pet owners who no longer want their pets anymore after the initial excitement period is over or when their pets fall ill or grow old. This often results in pet abandonment whereby unwanted pets are left to fend for themselves in market places, eating stalls or even by the roadside. When the numbers of such abandoned pets increase, people who are not tolerant of their presence report them to the authorities and they are captured and destroyed. Also, many of the “strays” that we see in our urban areas may not have been born as strays. They are abandoned pets or the offspring of abandoned pets. This is a very sad malady of our modern society these days. As such, the Animal Welfare Act of 2015 (AWA2015) was formulated to inculcate responsible pet ownership. However, pet owners might not read it to garner information. Neutering pets and street animals is also a very important and effective way to control the street animal population. Neutering stops the unwanted breeding. But again, some owners are not even aware of the importance or the benefits of getting their pets neutered. Where can they get this information?

We also sometimes read about not only the neglect but also the abuse of animals, be they home pets or street animals. There have been acts of cruelty committed towards animals resulting in injuries as well as death. With AWA2015 now, there is a heavier penalty for such crimes. These heavier penalties act as a deterrent to discourage animal abuse, but a much better and more effective way to mitigate such incidents is to nip it in the bud, and this is where education plays a very important role. Knowledge is power.

I write to you now to request if you might consider introducing lessons on how to care for animals in the primary and secondary school curricula so that our children would be guided to live responsibly and harmoniously with animals from young. Not only will the animals benefit from this, but studies have also shown that interaction with animals can in turn teach children about empathy, kindness and build their self-esteem. When we tap into children’s natural affinity and love for animals, we can foster prosocial behaviour in the classroom which will go a long way in moulding them to be socially-positive citizens. Research on pet ownership and social development has also provided evidence for an association with increased social competence, social networking and social interaction.

Even if one does not choose to adopt pets, street animals will always be part and parcel of any community. Learning to live harmoniously with them is a life skill which will go a long way in creating a peaceful living for all. A good example is Turkey. The people of Turkey live harmoniously with street animals. They set up feeding stations, the animals are neutered and vaccinated, supported by the government.

All such goodness begins with education.

Our future depends on the young. We do not inherit this Earth from our ancestors; we borrow it from our children.

We fervently hope you will give our suggestion some thought and consideration. We believe that you will craft the future of our children with the power entrusted to you to make changes to build the next generation of Malaysia. 

Thank you for your attention.

Best regards,

Dr Chan Kah Yein
on behalf of the street animals in Malaysia
AnimalCare Society Petaling Selangor


Posted

in

by

Tags: